"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day"

"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day" ^_~ !!!

Sunday 8 May 2011

Iman

Salamullahi'alaykum...

Situasi di mana muslim hidup kini adalah situasi yang mengikis iman dan menumpulkan keiltizaman kita kepada Allah SWT, janji-janji Allah dan ancaman Allah. Seolah-olah Allah sangat jauh dari kita hingga kewujudan Allah tidak dirasai lagi malah tidak diperlukan lagi.

MasyaAllah, alangkah jauhnya kita dari hakikat keimanan yang sebenarnya.

Sistem hidup ini hanya menyediakan kita untuk hidup sebagai ‘binatang ternak’ yang hanya hidup untuk makan, minum dan berkelamin.

Lihat sahajalah iklan-iklan yang dipaparkan dalam muka televisyen kita atau majalah-majalah hiburan. Semuanya mengajak kita menikmati pelbagai makanan, pelbagai minuman dan mengajak kita untuk mencari pasangan dan melalui pelbagai tahap zina: zina mata, zina telinga, zina hati, zina anggota kita, sehingga ‘menyempurnakan’ tahapan zina.

Alangkah mulianya manusia apabila dia diciptakan untuk berubudiyyah hanyasanya kepada Allah dan untuk mengimarah bumi sebagai khalifah tetapi dialah yang telah ‘menjatuhkan’ diri ke tahap yang serendah-rendahnya. Kita ‘berkubang’ yang sangat rendah dan hina, iaitu di dalam kehidupan makan, minum dan berkelamin sahaja.

Sistem pendidikan yang dilalui kini menyediakan kita untuk menjadi manusia yang hanya mampu hidup di tahap ini. Walaupun sebahagian dari kita dikurniakan oleh Allah SWT hajat yang lebih tinggi untuk menapaki tahap kehidupan yang lebih tinggi, tetapi peratusannya masih sangat kecil.

Bagi kita yang dikurniakan sedikit kesedaran dan kefahaman Islam yang membolehkan kita mampu melakukan sedikit amal Islami, tetapi oleh kerana sistem yang sedang berjalan hanya menyediakan kita untuk hidup di tahap ‘nafs kelembuan atau nafs binatang ternak’ maka diri kita terperangkap antara memburu kenikmatan ‘kelembuan’ atau hidup mulia mengejar syurga Allah.

Justeru, marilah kita memuhasabah diri di tahap mana kita berada pada ketika ini dan marilah kita mengadap Allah SWT dengan hati yang sedih dan mengadu kepada-Nya agar ditingkatkan ‘himmah’ kita keluar dari nafs kelembuan ini dan meningkat ke tahap benar-benar menjadi hamba-Nya yang sedar, faham dan taat kepada segala ditaklifkan ke atas diri kita....
`
wallahua'lam~

Thursday 5 May 2011

Anak yang Soleh & Solehah

Salamullahi'alaikum...

Kaifa haalukum? Kaifa imaanukum?...;)

sahabat2,,

Sering kita dengar dalam masyarakat orang mendoa'kan anak-anak yang baru lahir ... "moga-moga menjadi anak yang soleh.." Doa' sebegitu lahir kerana dalam masyarakat kita sememang percaya bahawa itulah sebaik-baik insan yang perlu diwujudkan, kerana anak yang soleh itu akan memudahkan pelbagai perkara dan memberikan kebaikkan di dunia dan akhirat.

Hadith Rasulullah SAW menjelaskan; “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariah; 2. Ilmu yang diambil manfaat dengannya; 3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan ibu bapa, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Menjaga agama ini suatu yang sukar dilaksanakan hari ini. Menjaga agama bukan sekadar menjaga solat, tetapi lebih berat dari itu. Anak yang soleh yang menjaga agamanya ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Menjaga agama meliputi memastikan seseorang itu menjaga akhlaknya, syariatnya, ibadahnya dan segala amalannya setiap saat. Menjaga akhlak di dalam berpakaian, di dalam pergaulan dan didalam tutur kata. Ada orang yang boleh menjaga solat - cukup lima waktu ... tetapi ramai remaja yang sukar menjaga syariat di dalam berpakaian. Lihatlah di sekeliling anda, ramai remaja yang sudah terikut-ikut dengan fesyen pakaian ketat dan imejnya pun macam artis dan macam selebriti yang bebas. Dan jika itu penampilannya sukarlah dikategorikan sebagai anak yang soleh.

Anak yang ingin menjadi anak soleh harus mengerti ruang lingkup Islam yang bersifat syumul (menyeluruh) yang merangkumi aspek ibadah, akhlak dan syariat. Kefahaman itu pula harus tercerna dalam kehidupannya di mana juga ia berada dan di dalam keadaan apa juga sepanjang waktu dan ketika.

Sahabat2,,semoga kita bersama2 melakukan perubahan dlm diri baik dari aspek jasmani dan khususnya rohani...Kebiasaannya jika rohani baik maka baiklah jasmani...semoga cita2 kita untuk menjadi anak yg soleh dan solehah dpt direalisasikan! inshaAllah :)

"Bangkitlah dirimu menjadi pembela agama"

Wallua'lam~