"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day"

"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day" ^_~ !!!

Tuesday, 24 January 2012

Adakah Aku Sebenar-benar Muslim?



Salamullahi’alaykum.

Alhamdulillah, saat ini kita masih dipilih olehNya untuk meneruskan 3 matlamat hidup diatas muka bumi ini, sebagai hamba-Nya, sebagai khalifah , dan untuk penyucian jiwa & hati kita.

Sepanjang kita hidup atas muka bumi Allah s.w.t ini,pernahkah kita bertanya pada diri kita.

“Adakah aku sebenar-benar Muslim?”

Mari sama-sama kita hayati maksud kalamullah dibawah, dipetik dari Surah al-A’raf : 172

“ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman) “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab “Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi” (Kami lakukan demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya,ketika itu kami lengah terhadap ini”.

Jadi mari kita semua lihat kembali, kita sebenarnya ada buat satu ‘agreement’ dengan Allah S.W.T sejak di Luh Mahfuz (Alam Roh) lagi. Kita telah berjanji dengan Allah s.w.t akan menjadi hambaNya yang terbaik!.

Cuba renung disekeliling kita,keluarga kita,sahabat-sahabat kita,guru-guru kita,masyarakat sekeliling kita. Apa yang anda fikirkan? Apa yang anda perhatikan? Cuba kaitkan dengan firman Allah s.w.t diatas tadi. Cuba kita lihat nilai2 kehambaan dan nilai2 Islam dalam diri mereka. Okay cukup!

Sekarang cuba lihat dan tanya pada diri sendiri pula…kita bagaimana?

Islam pada seseorang itu terdiri atas 5 perkara. Ya! Iaitu Rukun Islam.

Nah! Saya cabar diri anda untuk sebutkan 5 perkara tersebut.

Rukun Islam 5 perkara :
1. Mengucap kalimah shahadah
2. Solat 5 waktu
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Menunaikan zakat
5. Menunaikan haji di Baitullah bagi yang berkemampuan

Alhamdulillah,kerana berjaya sebutkan kelima-lima rukun Islam tersebut . Namun bukanlah itu ukuran Allah s.w.t dalam menilai keIslaman kita. Sekadar menyebut 5 perkara tersebut hanyalah seperti membaca kulit buku. Apa yang penting pada sebuah buku? Kulitnya kah? Atau Isinya kah? Pasti isi nya benar bukan?

Mengucap Kalimah Syahadah

Alhamdulillah saya yakin pasti ramai yang mampu untuk menyebut ‘La Ilaha Illa Allah, Muhammad Rasulullah”. Kalimah syahadah merupakan satu ‘key’ untuk kita berada dalam Islam. Kita mengaku dan bersaksi bahawa ‘Tiada Tuhan melainkan Allah,Muhammad itu pesuruh Allah”. Panjang huraiannya utk berbicara tentang konsep syahadah ini.

Saya ringkaskan dengan memberi contoh, andai sebaik manapun seseorang Kafir itu, walaupun dia menolong anak-anak yatim,memberi sumbangan,membuat kebaikan dengan sesiapa sahaja diseluruh muka bumi ini,jikalau dia tidak mengucapkan kalimah suci ni, dia tetap tergolong dalam golongan yang diazab Allah.Nadzubillah~

Kita yang sememangnya sejak lahir lagi telah Islam,maka bersyukurlah!

Bukan perkara diatas saya pilih untuk berbincang dgn sahabat2 sekalian, apa yang penting ialah apabila sakaratul maut menanti. Mampukah kita untuk menyebut syahadah disaat Izrail menjemput kita ? Mampukah kita berpegang dengan kalimah Tauhid tersebut? Cita-cita kita untuk mati shahid, mati dalam Husnul Khatimah,untuk menuju syurgaNya. Namun,hanya iman dan amalan kita yang mampu menggapai cita-cita tersebut. Sedang syahadah itulah kunci Jannah!

Solat 5 waktu

Solat!

Medium komunikasi terbaik antara kita dengan Allah s.w.t. Benar bukan? Sejak kecil lagi kita diajar utk bersolat bukan? Apa pentingnya solat?.

MasyaAllah! Fadhilatnya merangkumi rohani kita,fizikal kita,kesihatan kita,solat juga membentuk kesatuan ummah,membentuk jiwa yang taat dsb. Khususnya dari aspek rohani, jiwa yang tenang hanya dapat dirasai dengan mengingati Allah s.w.t,berbicaralah denganNya dlm solat kita,mengadulah padaNya dlm solat kita,berdoalah dan mintalah apa sahaja dariNya sesuatu yang kita hajatkan. Sungguh Allah s.w.t tidak akan mensia-siakan kita. Selangkah kita mendekatiNya,seribu langkahNya mendekati kita ! Yang penting kita rasa nikmatnya kita mendekati Maha Pencipta! Allahu akbar…

Solat membentuk peribadi seorang Muslim. Untuk lihat peribadi seseorang itu, lihatlah solatnya! Solat juga mencegah kemungkaran, membentuk tubuh badan yang sihat, lihatlah saja pergerakan fizikal kita sewaktu bersolat, dari Takbeeratul Ihram hinggalah ke Tahiyyat akhir dan memberi Salam. Khususnya ketika bersujud! Berapa banyak oxygenated blood yang mengalir dalam setiap salur darah untuk supply sel-sel dalam otak? Subhanallah!

Apa pun yang lebih penting, amalan utama yang Allah s.w.t akan nilai sewaktu dihisab nanti adalah solat kita bukan? Bagaimana kita menunaikannya,keikhlasan kita menunaikannya,kekhusyukan,kesempurnaan dsb.Setiap aspek akan dihisab. Justeru , menjadi kewajipan kita untuk menjaga solat ,menjaga waktunya,menjaga kekhusyukannya,menjaga natijahnya.

Berpuasa di bulan Ramadhan

Setiap Muslim wajiblah berpuasa dibulan Ramadhan. Saya yakin kita semua menunaikannya dengan baik sekali.

Alhamdulillah! Saya lihat sahabat2 juga rajin menunaikan puasa sunnah Isnin & Khamis dan juga puasa sunnah yang lain. Banyak fadhilat mengapa kita disyariatkan berpuasa selain menahan diri dari makan minum dan juga menahan nafsu dari melakukan perkara2 yang membatalkan puasa.

Puasa adalah sebaik-baik perisai bagi seseorang muslim. Puasa mengingatkan kita kpd insan2 yang dhaif,kebuluran,insan2 yang tidak mampu merasai nikmat rezeki makanan,tetapi mereka tetap merasa cukup dan syukur dengan apa yang Allah rezekikan buat mereka bukan?. Kita bagaimana?

Selain itu,puasa juga merehatkan sistem pencernaan dlm badan kita. Bagai sebuah mesin yang memerlukan ke'rehat'an untuk berfungsi dengan baik. Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda mafhumnya “Setiap penyakit itu berpunca dari perut”. Maka,jika kita mahukan gaya hidup yg sihat,amalkanlah berpuasa dan diet yang sihat.

Menunaikan Zakat

Bagi kita anak2 yang masih belajar, tanggungjawab berzakat masih disandarkan pada ibubapa. Bagi sesiapa yang sudah menjadi tanggungjawabnya,maka wajiblah berzakat.Sekadar beberapa RM untuk berzakat tiada masalah bukan? Sungguh berzakat itu tidak akan membuatkan kita faqir.

Tapi ada juga golongan yang tidak mahu berzakat bukan?
Ingatlah bahawa harta-harta , wang ringgit bukan milik kita, 100% Allah s.w.t yang punya,sedang nyawa kita pun hanyalah pinjaman dariNya. Allah s.w.t cuma mewajibkan kita memberi sumbangan kepada yang layak menerima, membantu anak2 yatim, golongan faqir miskin, ibnu sabil, gol. fisabilillah dsb. Ganjaran hebat dariNya pasti menanti buat kita ! Maka ikhlaslah~

Menunaikan haji di Baitullah bagi yang berkemampuan

Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahil hamd!

Sesiapa yg pernah menjejakkan kaki ke Tanah suci,pasti rasa ingin ke sana lagi bukan? Allahu Allah. Saya belum lagi sampai disana. Moga Allah memilih saya dan sahabat2 untuk ke sana nanti InshaAllah! Saya percaya Allah a.w.t masih memberi kita masa untuk persiapkan diri kita sebelum bertemu-Nya.

Emm..bagaimana pula dengan insan2 yang mampu untuk menunaikan haji? Cuba kita lihat masyarakat sekeliling kita, berapa ramai yang mampu tapi tidak melaksanakannya? Kenapa ya? Tidak bersedia? Tiada masa kerana terpaksa korbankan masa 1 bulan untuk menunaikannya? Terlalu sibuk dengan kerja? Apalah sangat jika ingin dibandingkan hal2 duniawi dengan hal2 ukhrawi~

Kesimpulan

Lemahnya muslim itu kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sebenar. Tidak mahu menghayati dan mengambil peduli apa yang penting dalam rukun Islam. Jika kita sendiri tidak mahu mengamalkan perkara2 asas dalam membentuk jiwa muslim, apatah lagi ingin membentuk jiwa mukmin yang terbina atas dasar Rukun Iman benar bukan? Inikan pula mahu mendaulatkan Islam di mata dunia.

Lihatlah masyarakat sekeliling kita, berapa ramai yang faham apa erti Shahadah? Solat? Puasa ? zakat? Tunaikan haji? Menunaikan kelima2-nya sekali?

Terutamanya bab berkaitan dengan Solat. Kalau dengan Allah s.w.t pun kita jauh,inikan pula bercita2 ingin masuk ke dalam syurgaNya. Tanyalah sahaja pada sesiapapun, “Kau kalau mati nak masuk syurga ke neraka?? ” Saya jamin memang tiada yang mahu ke neraka. Tapi apa usaha kita untuk benar2 kecapi nikmat syurga itu?

Dalam bab berpuasa di bulan Ramadhan pula, berapa ramai yang memahami konsep berpuasa dan menjaga puasanya? Seringkali juga kita serongkan minda anak-anak kecil tentang berpuasa,iaitu berpuasa di bulan Ramadhan akan dikaitkan dengan keseronokan berhari Raya Aidilfitri.

“Kalau xpuasa,xboleh raya!!”

Instead of beri kefahaman pada anak-anak tentang kepentingan berpuasa dalam Islam. Tidak salah sebenarnya,tetapi alangkah lebih baik jika kita mengajar mereka apa konsep berpuasa sebenarnya dengan cara yang mudah. Mengajar anak-anak supaya memahami berpuasa itu dilakukan kerana Allah ta’ala ,bukannya kerana ingin menyambut kemeriahan berhari raya semata-mata.

Belum lagi disentuh bab pembaziran ketika berbuka puasa. Berpuasa yang sepatutnya mendidik jiwa dan nafsu untuk tunduk akan perintah Allah,makin di'tarbiah' pula menjadi tamak haloba,tergoda dengan nikmat makanan dan akhirnya membawa kepada pembaziran. Allahuakbar~

Saya suka bawakan masalah2 yang berlaku dalam masyarakat sekeliling kita, supaya kita 'buka mata' dan bertindak, bukan sekadar membuta tuli,tidak mengambil peduli. Sudah menjadi satu kewajipan pada kita untuk menyedarkan kembali mereka yang jauh dari landasan. Tarik kembali mereka dari landasan yang ber’station’kan jahiliyyah. Gunakanlah ilmu yang ada pada kita agar ianya bermanfaat.

Disamping kita perbaiki apa yang kurang dalam diri,kita perbaiki juga apa yang kurang dalam masyarakat sekeliling kita. Jikalau ingin menunggu seseorang yang 'perfect' untuk melakukan perubahan,menunggu sampai kucing bertanduklah jawabnya. Bukankah setiap manusia itu dipertanggungjawabkan untuk melakukan amr ma'ruf nahi munkar ? menyampaikan kebaikan ?,menyampaikan dan memanfaatkan ilmu ? memakmurkan bumi Allah s.w.t.? . Setiap dari kita juga akan dipersoalkan tentang amanah yang Allah s.w.t telah beri pada kita sebagai seorang khalifah.Adakah kita memikul amanah tersebut dengan sebaik-baiknya? Tepuk dada tanyalah Iman~

Islam tidak memerlukan kita,tapi kita memerlukan Islam!.

Islam perlu teguh dan berdiri atas kesatuan ummah! Sambunglah perjuangan Rasulullah S.A.W, kalau bukan kita,siapa lagi?
Wallahua'lam~

~Tazkirah terbesar buat diriku~