"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day"

"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day" ^_~ !!!

Thursday 28 April 2011

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia iaitu:

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

TRAGEDI DEIR YASSIN-9 APRIL 1948

Tarikh 9 April akan sentiasa terpahat di hati rakyat Palestin sebagai tragedi pilu yang masih dirasai sehingga kini. Meskipun tragedi dahsyat itu sudah berlalu 63 tahun yang lalu, ia tetap menghantui rakyat Palestin dan sesiapa sahaja yang punya rasa kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama.

Pada dinihari sekitar 4.30 pagi Jumaat 9 April 1948, kumpulan pengganas Zionis Haganah membariskan 33 orang yang menghadiri majlis perkahwinan di sepanjang tembok bangunan. Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin kemudiannya ditembak tanpa belas kasihan. Hanya seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ketika itu hidup untuk menceritakan pengalaman ngeri yang disaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Terselamat kerana dilindungi oleh mayat-mayat ahli keluarganya, beliau melihat sendiri bagaimana adik perempuannya yang berusia 4 tahun bersepai kepalanya ditembak oleh pengganas-pengganas tersebut.

Itulah dia tragedi Deir Yassin yang akan kekal ditulis dengan tinta darah. Peristiwa yang amat dahsyat ini dilakukan oleh sekelompok manusia yang mendakwa mereka diseksa dengan kejam oleh Nazi di kem-kem Auswitch, Bergen-Belsen dan Dachau. Ternyata kezaliman dan tindakan yang tidak akan dilakukan oleh haiwan sekalipun membuktikan bahawa pendukong Zionis hanya berselindung disebalik penderitaan mereka untuk melakukan perbuatan yang jauh lebih keji dari apa yang mereka alami.

Peristiwa Deir Yassin menyaksikan bagaimana tahap kemanusiaan sudah jatuh ke tahap yang amat keji sehingga tidak mungkin dibayangkan oleh sesiapa yang masih waras akal fikirannya. Cukuplah apa yang didedahkan oleh beberapa orang yang terselamat kerana terlindung di sebalik tumpukan mayat dan timbunan batu dan kayu yang menyaksikan bagaimana wanita-wanita hamil dirodok perut mereka dan dikeluarkan janinnya. Semua ke 25 orang ibu yang mengandung dipaksa melihat bagaimana bayi yang mereka kandung dikerat sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Kanak-kanak pula dipancung di hadapan ibu-ibu mereka. Seramai 52 orang kanak-kanak dibunuh secara kejam begini.

Ternyata perbuatan amat biadap ini sengaja dirancang untuk menimbulkan ketakutan yang mencengkam di sanubari rakyat Palestin supaya mereka segera meninggalkan tanah air mereka demi keselamatan diri dan keluarga. Siri-siri pembunuhan beramai-ramai ini telah berlaku di banyak tempat sebelum Deir Yassin, namun sebagai umat yang bermaruah, rakyat Palestin sama-sekali tidak akan menyerah kalah. Mereka tetap bertahan dan mempertahankan kampong halaman mereka meski terpaksa berhadapan dengan kumpulan pengganas Zionis yang disokong oleh Bangsa-bangsa Bersatu, British dan negera-negara Eropah. Bantuan kewangan dan senjata terus dinikmati oleh tiga kumpulan pengganas yahudi seperti Irgun, Haganah dan Stern Gang.

Menjelang November 1947 apabila pelan pemisahan (partition plan) dilaksanakan oleh PBB melalui resolusi 181, pengganas-pengganas Yahudi sudah memiliki 16,000 senjata api ringan, 1000 mesin gun dan 750 mortas. Dengan pelbagai senjata ini mereka menceroboh kampung halaman rakyat Palestin di Qilqiya, Nablus, Akka, Tulkarem, Beersheba, Baisan, Haifa dan Yaffa. Kemuncaknya ialah pembunuhan yang berlaku di Dier Yassin pada 9 April 1948.

Tindakan biadap kumpulan Haganah disempurnakan oleh Irgun yang dipimpin oleh tak lain dan tak bukan Menachem Begin. Dia bersama rakan-rakan remajanya, lelaki dan perempuan melakukan ‘operasi pembersihan’ ke atas Deir Yassin. Para doktor dari Persatuan Palang Merah menyaksikan bagaimana para remaja ini memastikan tidak ada yang hidup dengan membunuh sesiapa sahaja yang masih bergerak dengan sub mesin gun, bayonet dan pisau. Cara pembunuhan mereka tidak pernah dilakukan di dalam sejarah iaitu dengan meniris mangsa dari hujung kepala ke hujung kaki dan membiarkan mereka mati dengan penuh seksa.

Menachem Begin kemudiannya diangkat menjadi Perdana Menteri Israel dan dijulang sebagai pejuang kemanan dunia yang dianugerahkan hadial nobel untuk keamanan. Anugerah berprestij ini dikongsi bersama Anwar sadat hasil dari perjanjian damai Camp David pada tahun 1978 di antara Mesir dan negara haram Israel. Satu perjanjian yang menyaksikan Anwar Sadat dihina di seluruh dunia dengan mengiktiraf Israel dan ditempelak oleh Menachem Begin dengan ucapan biadapnya, “Selamat datang ke Jerusalem, ibu negara abadi Israel.” Perjanjian inilah yang telah menggadaikan maruah umat Islam dan rakyat Mesir.

Mesir yang sebelum itu merupakan satu-satunya negara Arab yang mempunyai kekuatan yang standing dengan Israel bertukar menjadi kambing yang dikebirikan. Sejak tahun 1978 hingga tumbangnya Hosni Mubarak pada bulan Februari 2011, Mesir diberikan kepercayaan penuh oleh Amerika Syarikat untuk memastikan keselamatan Israel sentiasa dipelihara.

Tragedi Deir Yassin adalah symbol berdirinya negara haram Israel di atas darah rakyat Palestin yang tumpah membasahi bumi. Menachem Begin di dalam bukunya ‘The Revolt’ dengan bangganya mengatakan, “Tanpa apa yang dilakukan di Deir Yassin maka tidak akan wujud negara Palestin. Dia menambah, “ketika Haganah menjalankan beberapa operasi yang berjaya di medan-medan lain, orang-orang Arab menyelamatkan diri mereka dengan disertai panik sambil menjerit ketakutan ‘Deir Yassin!”

Menachem Begin dan semua pemimpin Israel yang dijulang sebagai negarawan dan pejuang keamanan dunia seperti Arial Sharon dan Shemon Peres adalah remaja-remaja bersenjata yang membunuh rakyat palestin tanpa sedikit pun merasa bersalah. Kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 yang menyaksikan lebih 3,000 rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Arial Sharon adalah bukti jelas bahawa ‘modus operandi’ mereka tidak akan berubah.

Inilah pendekatan yang masih digunakan oleh Israel di Gaza, Nablus, Ramallah, Jenin, Baitul maqdis dan al-Khalil bagi mengekalkan pendudukan, pengepungan dan penghinaan ke atas Masjid al-Aqsa. Bagi mereka nyawa rakyat Palestin tidak punya harga dan mereka akan hapuskan seramai mana rakyat Palestin yang diperlukan bagi memastikan negara haram Israel terus kekal dan lestari.

Aqsa Syarif mengajak umat Islam dan rakyat Malaysia sempena ulang tahun tragedi pembunuhan Deir Yassin supaya memperbaharui tekad dan keazaman untuk membela rakyat Palestin dan berjuang berganding bahu untuk memerdekakan rakyat dan bumi Palestin yang terjajah.

Luka Deir Yassin masih berdarah meski sudah berlalu 63 tahun. Satu-satunya jalan untuk menyembuhkan luka yang amat pedih yang ditanggung oleh rakyat Palestin ini ialah dengan berjuang untuk mengembalikan maruah saudara kita di Palestin.

Al Hubb 5 Cinta Diri Sendiri



Assalamu'alaikum w.b.t.

berjumpa lagi dgn nafas baru,syukur pd Allah S.W.T masih lg diberi peluang melihat dunia dari pagi hingga pd waktu ini. Moga2 bertambah iman dan amal kita hari ini,esok dan hari2 seterusnya. inshaAllah~


Topik hari ni...membincangkan tajuk terpenting dalam hidup kita : Cinta Diri Sendiri

ya! Setiap manusia perlu cinta akan dirinya,betul?

Jika kita cinta & sayang diri :

  • kita akan berusaha mempertingkatkan iman dan 'amalan2 sunnah seperti berpuasa,bersedeqah, senyum dsb.
  • kita akan selalu bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.
  • kita akan bersabar dgn setiap ujian yg Allah beri kerana kita tahu Allah sedang menilai iman kita.
  • kita akan selalu m'baca al-quran kerana ia akan menjadi teman kita di alam barzakh nanti.
  • kita akan selalu berselawat keatas Rasulullah S.A.W kerana hendak m'dpt syafa'at di akhirat kelak.
  • kita akan belajar bersungguh-sungguh mencapai kejayaan kerana kita tahu kesusahan ibu ayah mencari rezeki utk mmbesarkan kita.
  • kita tidak akan menghampakan harapan ibu bapa kerana kita tahu mereka mahu kita jadi orang yang berguna.
  • kita tidak akan berkata2 yang sia2, berkata2 kesat, mengumpat, membuka aib orang lain dsb.
  • kita tidak akan menderhaka kepada ibu bapa kerana kita tahu anak yg derhaka tidak diredhai Allah S.W.T.
  • kita tidak akan menghampiri dan membuat maksiat, zina mata, zina hati, zina lidah dsb.
  • kita akan menutup aurat kerana kita takut api neraka akan membakar tubuh kita.
  • kita akan menjadi seorang yang berfikiran positif.
  • kita akan menjaga kebersihan kerana ianya sebahagian drpd iman.
  • kita tidak akan membuang masa dgn perkara2 tidak berfaedah.
  • KITA AKAN MEMBUAT SESUATU UNTUK MEMBELA AGAMA!!!! kerana kita tahu Allah S.W.T jadikan kita sebagai seorang khalifah dimuka bumi dan kita tahu ia akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak!
  • kita akan cuba sedaya upaya menegakkan Islam agar kembali gemilang.
  • kita akan belajar bersungguh-sungguh untuk selamatkan ummat Islam khususnya dinegara kita.
  • kita sentiasa alert dengan masalah2 ummat yang berlaku disekeliling kita dan berusaha memperbaikinya.
dan banyak lagi..!!!

jika kita sayang diri kita,kita akan cuba sedaya upaya untuk menjadi hamba Allah S.W.T yang taat dan soleh ! fikirkan kembali,,,muhasabah kembali...
selama kita hidup didunia, adakah kita hanya hidup dgn sesuatu yg sia2? untuk memiliki kesenangan dan kelalaian dunia? menolak larangan2 yang Allah S.W.T cipta untuk kebaikan hamba2NYA....mengetepikan kesenangan akhirat yg kita tahu ianya kekal abadi selamanya...mari bersama2 renungkan2 kembali jika kita cinta dan sayang diri kita~


wallaua'lam- syamiyyah mustaffa

Al Hubb 4 Cinta Remaja



Salamullahi'alaikum...

apa khabar sahabat2? apa khabar iman?makin meningkat or makin menurun? hehe...ya! kita manusia mmg ada pasang surut imannya..Tapi kita sendiri juga yang menentukan iman masing-maasing sama ada mahu tinggatkan ia atau sebaliknya.

Istifsar saya hari ini ingin b'bincang dgn sahabat2 tentang cinta remaja, setelah kta sama2 b'bincang dlm nukilan Al-Hubb 1,2 dan 3 yg lepas. Kini kita proceed pada tajuk yang sangat menarik. Setelah lama saya perhatikan dlm mana-mana laman sosial yang t'kenalseperti Facebook, Twitter dsb,saya dapati remaja2 sekarang ini gemar "post" something yang berkaitan dgn topik cinta. Then suka meng"share" notes yang berkaitan antara lelaki dan perempuan seperti "SIFAT2 WANITA YG DIBENCI LELAKI","RAHSIA TARIKH LAHIR PASANGAN ANDA", TANDA2 LELAKI JATUH CINTA" dan banyak lagi. Ada juga yang suka post2 something yg boleh dikatakan "xperlu dipost". contohnya berkaitan dgn status diri, marah pada "si dia", memuji2 "si dia", si lelaki marahkan si perempuan dan sebaliknya hingga ada juga yang mengeluarkan kata kesat dan mcm2 lagi.ermm..

Mengapa masing2 suka mendedahkan perangai "buruk" pada orang ramai? Inikah REMAJA ACUAN ISLAM?? Itupun belum disentuh hal b'gambar sesama couple, mendedahkan status "relationship", remaja perempuan yang mendedahkan aurat dan ditayang pada laman sosial. Mengapa jadi seperti ini? Padahal secara jujurnya saya akui ramai sahaja lepasan sekolah agama tapi perangai macam "budak bukan sekolah agama". lupakah pada kuliah-kuliah, tazkirah-tazkirah yang menjadi halwa telinga disekolah dahulu? Even yang bukan sekolah agama pun, mustahil tidak ada asas dalam agama,betul? Itu pun rasa payah hendak patuh undang2 Allah S.W.T.!!

Hmm,,kembali pada topik kita... Cinta adalah satu fitrah mulia yg Allah s.w.t letakkan pada hati setiap hamba2NYA. Kalau tidak punya rasa cinta,tidak normal seseorang itu betul? Kitalah sebagai manusia yang punya iman,akal yang sempurna seharusnya memelihara cinta yg mulia dari segala cacat cela, noda dan sebagainya.
Saya mulakan dgn topik Cinta Monyet yang biasanya dilabelkan pd remaja2 sekolah. Ya! sudah nama pun cinta "MONYET" mmg tiada faedah sedikit pun. Kononnya b'couple kerana ingin sama2 berjaya @ si dia sebagai sumber inspirasi dsb.
Sudahlah habis buku dikoyak hendak tulis surat cinta,habis dakwat pen hendak menulis. Hadiah yg dibeli utk "si dia" pun guna wang yang ibu ayah beri! useless semua ni! Asyik berkhayal tentang cinta,bagaimana ilmu nak lekat di dada! "ILMU ITU TIDAK AKAN HADIR PADA HATI2 YG BERMAKSIAT".

Kemudian, syaitan pun mulakan agenda seterusnya untuk menghasut 'couple' tsebut keluar berjalan2,menonton wayang, b'jalan2 b'pegangn tangan konon hendak tunjuk bahawa "kamilah couple paling bahagia didunia"...

satu lagi sebuah lagu yg saya beri title "xbley pakai punya"...boleh x? hehe...

"Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman "


famous kan lagu ni.?? hehe tp ,,,,,"Boleh pandang-pandang???" bukankah dlm al-Quran sudah termaktub mengatakan bahawa:


”Katakanlah kepada orang-orang mukmim untuk menjaga pandangan mata mereka dan menjaga kemaluan mereka”

(Al-Qur’an Al-Karim Surah An-Nur [24 ]: ayat 30)



memang 'xbley pakai' betul x?....


Seterusnya,apabila sudah t'biasa maka syaitan pun menghasut lagi untuk memlakukan perkara yg t'kutuk! naudzubillah~
Nah! lihatlah sekarang apa sudah terjadi. Bayi-bayi yg tidak berdosa dibuang,dibunuh secara kejam!. Mana hilangnya sifat perikemanusiaan? Sanggup membunuh! dan bukankah membunuh itu termasuk antara dosa2 besar!! balasan untuk dosa2 besar? Di neraka lah tempat mereka.
" Ad bran ke nak masuk neraka?"


Bukankah Islam agama yg mulia. Meletakkan cinta juga ditempat yg mulia. Iaitu dengan jalan pernikahan! Subhanallah!!
Justeru,remaja2 ISLAM sekalian, jauhilah perkara2 yg mendekatkan diri dgn zina. Zina hati,zina mata,zina dsb.Dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud:

“Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”


Menghampiri zina pun tidak boleh, inikan pula berzina!..

Sahabat2 sekalian, Allah S.W.T sudah meletakkan jodoh masing2 dan apabila sampai satu masa, akan dipertemukan juga. x
tidak perlu risau,tidak perlu resah! Jikalau anda risau, tanyalah iman, adakah anda tidak yakin dengan Allah S.W.T?
Jika belum ditemukan, usahlah khuatir,Allah S.W.T sedang "mempersiapkan si dia" supaya menjadi insan yg baik dan sesuai dgn anda dan Allah S.W.T sengaja m'beri peluang dan masa yg banyak kpd kita utk berbuat baik pada ibu bapa. faham kan? hehe

Berdoalah agar dijodohkan dgn seseorang yang boleh mendekatkan diri anda dgn Allah, seseorang yang boleh membantu anda menegakkan Islam, seseorang yang bijak dan baik akhlaknya supaya boleh membantu dan membimbing anda.inshaAllah...DOA JE!! :)


WALLAHUA'LAM~

Tuesday 26 April 2011

Al Hubb 3 Cinta Ibu Bapa



Salamullahi'alaikum w.b.t....

kaifa al-hal?..harap sahabat2 sume fi sihhatin jayyidan inshaAllah :)

suka dgn topik ni,,,ibu bapa :)
ya,tiada mereka tiadalah kita di dunia. Alhamdulillah,,syukur kita kpd Allah S.W.T kerana lahir2 sudah memeluk Islam betul? bagaimana pula org2 lain yg dilahirkan dlm keluarga yg kufur? kita sangat bertuah kerana dilahirkan dlm nikmat Iman dan Islam.

Untukmu ibu,insan yang melahirkan saya...
Terima Kasih pada ibu kerana m'jaga saya dgn baik sekali.Terima kasih pd ibu kerana m'baca ayat2 suci al-quran ketika saya masih di alam rahim. Awal2 lg sudah kenalkan saya pd pencipta saya yg Agung iaitu Allah S.W.T. Terima kasih ibu kerana kenalkan saya pd pemimpin terulung iaitu Rasulullah S.W.T. Terima Kasih ibu kerana sanggup menahan siksa m'bawa saya kesana kemari tanpa mengeluh sedikit pun. Terima kasih ibu kerana sanggup bertarung nyawa melahirkan saya. Sudah pastinya ibu mengharapkan saya menjadi anak yg soleh. inshaAllah ibu!

Terima kasih ayah kerana sentiasa m'beri sokongan pd ibu utk melahirkan saya. Terima kasih ayah kerana melaungkan kalimah azan dan iqamat di telinga saya! Terima kasih ayah bekerja keras untuk membesarkan saya. Terima kasih ayah m'berikan kata2 semangat buat saya untuk terus belajar.Terima kasih ayah kerana.................


seribu kali terima kasih pun pasti tidak dpt m'balas jasa mereka m'besarkan kita betul?. Subhanallah! Merekalah insan terbaik.

Namun kita sebagai anak,pernahkah kita terfikir apa perkara terbaik yg pernah kita lakukan utk mereka? untuk membalas jasa mereka? adakah kita selalu mendoakan utk mereka? pernahkah berusaha untuk menjadi anak yg soleh dan solehah? ibu bapa menghantar ke sekolah/universiti untuk kita menuntut ilmu Allah S.W.T. Tapi apakah yg kita lakukan? adakah kita benar2 menuntut ilmu? atau sekadar memenuhi tuntutan dalam agama? berbaloikah usaha keras ibubapa mencari rezeki utk kita belajar di sekolah tetapi kita hanya "bayar" mereka dengan belajar main2,bercinta,bergaduh,m'buat perkara2 tidak berfaedah dsb..berbaloikah?

dimana tugas kita sebagai seorang anak dan pelajar? bukankah ini semua akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak?

sahabat2,mari bersama2 bermuhasabah kembali. adakah kita seorang anak yg baik? seorang anak yg bersungguh-sungguh dlm belajar untuk berjaya dan Untuk membela ibu bapa dihari tua mereka? bukankah kita perlu mencari keredhaan mereka juga.


رضا الله في رضا الوالدين..

"keredhaan Allah S.W.T terletak pada keredhaan ibu bapa"

Selagi masih ada masa,selagi mereka masih didunia..sama2 lah kita berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah kerana jika mereka sudah tiada,doa2 anak soleh lah yang akan menjadi 'peneman' mereka di alam barzakh kelak....

Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud:

Apabila anak Adam wafat putuslah amalnya kecuali tiga hal yaitu sedekah jariyah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain, dan doa anak2 yang soleh. (HR. Muslim)

wallahua'lam~

Monday 25 April 2011

Death ( Al-maut )

Death




Death can strike at moment.

You can die doing nothing,
You can die while taunting,
You can die in your own self pity.

Or you can breathe your final breath
Utter your final words:
"Subhaanallah!"
While bowing in prostration before your Lord.

One long slumber.

And then the Most Merciful awakens you
In the greatest of peace,
Granting you Paradise.

Mahligai Kasih-In Team



Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahagia...

Jauhkan Rindu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jauhkan Rindu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sunday 24 April 2011

Al Hubb 2 Cinta Rasulullah S.A.W


Salamullahi'alaikum....

Kita seringkali b'kata makhluk yg pertama Allah S.W.T cipta ialah Nabi Adam a.s betul ?

namun kita lupa bhw Allah S.W.T telah mncipta Nur Muhammad sebelum Allah mncipta makhluk2 yg lain. Insan bernama Muhammad S.A.W sgt istimewa. Sirahnya juga saya kira sahabat2 pasti sudah tahu. Kita sgt beruntung kerana Allah S.W.T mjadikan kita krn kasihNya pd Rasulullah. krn itu Ummat Muhammad adalah ummat yg t'baik betul? Tp,sejauh mana kita tonjolkan kita adalah ummat terbaik? Sejauh manakah kita mengikut sunnah Rasulullah? saya sendiri juga akui begitu payah utk istiqamah dlm mencontohi Sunnah & Qudwah Hasanah baginda.

Rasulullah sgt2 mencintai ummatnya sehinggakan ketika baginda menghadapi sakaratul maut,baginda masih menyebut "ummati,ummati,ummati". Subhanallah!betapa hebat cinta baginda pd kita. tp sejauh mana kita m'cintai baginda? berapa kali kita berselawat utk baginda? sejauh mana kita mendalami riwayat hidup baginda? Ya! mungkin dlm solat spnjg bertashahhud awal dan akhir ada berselawat utk baginda. Tp itu prosedur dlm solat. Dari hati kita sendiri bagaimana?

Layakkah kita untuk mendapat syafa'at baginda diakhirat kelak? Layakkah kita untuk bersama-sama baginda menghuni Jannatul Firdaus? Layakkah kita utk minum air telaga baginda dlm syurga yakni Telaga Kautsar? Layakkah kita untuk melihat senyuman baginda dgn wajahnya yg sgt2 tampan? Layakkah kita untuk berkata-kata dgn baginda? Bukankah itu yg sepatutnya impian kita sbg ummat baginda? bertemu dgn seorang pemimpin yg sangat hebat, yg sangat 'adil dan yg sgt2 sempurna akhlaknya.

Sahabat2 sekalian,saya sgt2 resah bila melihat ummat Islam kini lebih memuja2 artis. Lebih suka pd perkara2 yg melalaikan. Apabila hati sudah ditakluki "kehebatan bakat2 artis", maka dimanakah tempat2 Rasulullah, Para2 Anbiya', Para Syuhada' di hati kita? . Insan2 terpilih yg sepatutnya ditempatkan tmpt tertinggi di hati kita tlh hilang. Kehebatan mereka yg sepatutunya disanjung dan dicontohi telah dilupakan.
Oleh itu sahabat2,marilah kita bersama2 menghidupkan & tanamkan kembali cinta pada Rasulullah S.A.W.,para sahabat,para syuhada'.Bersama2 mengamalkan sunnah2 baginda Rasulullah,mencontohi akhlak terpuji dan selalu berselawat pd baginda agar mndapat syafa'at diakhirat kelak.
صلّى الله على محمّد و على اله وصحبه وسلّم تسليما كثيراَ

SEGALANYA MILIKMU

Saturday 23 April 2011

Al Hubb 1 Cinta Allah S.W.T



Salamullahi'alaikum...

apa khabar sahabat2 sekalian..? moga 2 fi sihhatin jaiyyidan InshaAllah..
Al Hubb...menarik kn tajuk ni..?? di mana2 sje, ssiapa pn akn t'tarik bila t'dgr ssuatu yg berkaitan dgb Al-Hubb..knp ya? mngkin krn ia nya fitrah yg Allah S.W.T jdkan utk setiap insan yg mmpunyai hati & perasaan...

Cinta kita hanya untuk Allah S.W.T...

Cinta yg sebenar-benarnya hnya layak kpd Allah S.W.T krn Dia juga yg mnciptakan cinta. Cintai Allah dgn sebenar-benar cinta. Allah sgt2 mencintai hamba2Nya krn itu Dia mmberi nikmat yg tidk terkira byknya. Nikmat hidup didunia, nikmat akal, Nikmat bernafas, Nikmat harta, Nikmat Ilmu, Nikmat anggota tubuh, nikmat kejayaan,nikmat kasih sayang dan yg paling penting NIKMAT IMAN & ISLAM. Tp kita sbg hamba tidak pernah b'syukur betul? setiap hari ada manusia yg mngeluh, itu xkena, ini xkena, xpuas hati dgn byk perkara, jika ada dugaan Allah beri, xdpt terima, seolah2 mnyalahi takdir. Padahal bukankah jika Allah S.W.T mmberi dugaan pd kita tandanya Allah ingat pd kita! bermakna Allah sgt2 menyayangi kita, Dia cuma menguji sejauh mana tahap kesabaran dan keimanan kita. Allah S.W.T menguji kita krn Allah S.W.T sgt2 merindu rintihan hamba-hambaNya. Setiap hari setiap malam Allah S.W.T menanti hamba2Nya yg qiam bertahajjud kpdNya. Allahurabbi, manusia zmn kini nk tunaikan solat pn lambat! yg lebih malang bg mrk yg tidak solat! bukankah solat itu wasilah antara kita dgn Allah. Bacaan Al-Fatihah itu sndiri adalah perbualan kita dgn Allah S.W.T sebenarnya.krn itulah kita diharuskan memahami setiap bacaan agar khusyuk ketika "berchatting" dgn Allah S.W.T. Dan saya sgt2 yakin ramai ummat Islam diluar sana tidak mengenal Asma' al-Husna. Hanya bberapa kerat shj yg m'hafaz nama2 Allah! itu mngkin yg mhafaz. Apatah lg yg menghafaz dan memahami? alahai manusia,adakah kita benar2 m'cintai Allah? nama2 Allah pn tidak kenal. Bak kata pepatah "tidak kenal maka tidak cinta". Dimanakah kita sekarang? dimana tahap cinta kita pd Allah sekarang? Adakah cinta kita pd Allah lebih tinggi dr cinta kita pd ibubapa? pd rakan2? pd kekasih..? err,,bg yg ada kekasih la. Jikalau Allah terus m'beri nikmat tapi kita tdk cinta pd-Nya. Adakah kita tlh dpt Istidraaj.? sahabat2 tahu istilah istidraaj? Ya ! Allah S.W.T trus menerus m'beri nikmat kpd hambanya agr kita terus lupa kpdNya. Naudzubillah! mnta dijauhkan 'title' ini dr kamus hidup kita sbg hambanya. Kita sbg manusia mmg tidak lari dr kesilapan dan m'buat dosa. Tp Allah itu Maha Pengampun Dan Maha Pengasih. Selagi ada waktu ini byk2lah bertaubat & meminta ampun pd Allah. sebelum Dia mengambil kita dlm keadaan hati yg hitam kotor dan dosa yg byk. Selangkah kita mendekati Allah,seribu langkah Allah menghampiri kita! marilah sama-sama membina jiwa hamba. Agar diakhirat kelak dpt menghuni Jannatul Firdaus bersama para Anbiya' , Syuhada' dan org2 yg soleh. dan bertemu dgn Allah 'Azza Wajalla scr real! krn itulah kesudahan hidup kita sbg hamba yg sebenarnya. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun..( sesungguhnya dari-Nya kita datang dan kpd-Nya kita kembali )...



Tembakau,Rokok dsb...
























Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”......








permata ayah bonda - firdaus


Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dunia Akhir Zaman



apa reaksi anda stlh tonton vedio ni....??



Maharaja Lawak..???



Salamullahi'alaikum...

b'cerita tntg prog2 realiti yg sdg hangat di media massa ni..sy t'tarik dgn nma 1 prog "Maharaja Lawak",,dgrnya prog ni smbungn dr prog realiti "Raja Lawak".....

bergurau @ bahasa 'org skrg' ialah "buat lawak"....

sbnrnya apa motif utama prog2 sebgini dianjurkan..? apa kebaikan yg rkyt Malaysia dpt jika mnonton prog tsbut..?? dpt duit? dpt ilmu? dpt pahala?,,,aktivit2 yg dibuat sprti "competition" b'gurau senda, spe pling best gler "lawaknye"....?? erk? bguna ke? then hadiah yg bernilai ribuan ringgit di beri pd PELAWAK yg terbest...andainya wang ringgit itu disumbangkan kpd Rumah Ank2 Yatim @ Fakir Miskin @ Dana utk Palestin...kn bgus..?? Pahala pn byk...at least ad saham kita utk akhirat betul?...

hmm,pnonton2 cuma "KETAWA" berdekah-dekah bgai org "gila"....bukankah jika byk ketawa maka matilah hati..dan apabila matinya hati maka dimanakah sifat2 hati ( QALB ) yg sepatutnya wujud pd diri seorg mukmin...hati & jiwa yg zuhud, qana'ah dsb..akn ttpi mengapa hati kita hitam dan kotor,susah utk khusyuk dlm solat,hati yg b'sifat hubbud dunia....naudzubillah~ moga dijauhkan dr prkara yg merosakkan hati...

Bergurau senda ( berlawak ) buknlah ssuatu yg ditegah oleh agama, Ttp apabila smpy thap2 t'tntu yg boleh memudharat @ mematikan hati @ melampau2 mmbuatkn kita byk ketawa....itulah bahaya nya..

Rasulullah S.A.W. sendiri telah m'beri amaran dlm sabda baginda: “Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”

Dalam kitab karangan Imam Al-Ghazali (Ihya' 'Ulumuddin) menyenaraikan bergurau senda sbg salah satu unsur bahaya yg dibawa oleh lidah, “Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.”

kalau lihat prog2 realiti tsebut lbih byk disadvantages than advantages....berlawak tntg topik yg ntah ap2....tiada sedikit faedah pn malah lebih melalaikan, menghalang hati dr mengingati Allah S.W.T....astghfirullahal'azheem...apa sebenarnya yg terjadi pd rkyt Malaysia....rkyt yg cintakan HIBURAN semata-mata....??

Sahabat2 sekalian,melihat dunia yg semakin hari semakin uzur,bencana alam disana sini...adakah manusia sudah lupa bhw dunia akan musnah..? mngapa masih ad lagi yg hendak berhibur...?? apakah persiapan kita utk menghadapi Allah S.W.T di padang Mahsyar nnt?? bagaimana neraca timbangan amalan kita nnt..??
Renung-renungkanlah wahai sahabat2...~




Friday 22 April 2011

Mc Donald..KFC...dan sewaktu dgnnya...



Salamullahi'alaik...

coretan hr ni..
ya..berkenaan dgn restoran2 yg serve hdgn yg amt mnyelerakan...mmg sdap sgt2,,,dgn restoran serba mewah,ada p'hwa dingin, selesa n semua lengkap..dulu sy sndiri pn sllu mkn di rest. ni,tp stlh bfkir n fikir lg....

Mc Donald

rest. ni kt mne2 ad,,,mmg sdg dibangunkan pun....tgklah even kt bndr kecil pn ad..knp dibngunkan? sbb mmberi keuntungan pd mrk,,utk siapa? tntulah utk ISRAEL LAKNATULLAH!!!...xrse k klu kita m'beli tu seolah2 m'beli sebutir "peluru" utk mbunuh saudara seISLAM kita disana...di mana??? Tentulah di Palestin,..
rmi org pertikaikan "ad k bukti yg mmg duit tu disalurkan ke Israel?"....knp tnye begitu? xprcaya??
nah buktinya, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Pengerusi Aqsa Syarif) berkata dlm Ceramahnya di USIM baru2 ni " 3 syarikat terbesar yg menyumbang dana utk Israel adalah Mc Donald,NESTLE dan Coca Cola".
Ya,mngkin payah bg org2 yg sudah "t'biasa" dgn m'beli foods di rest. tersebut..tp,fikirkanlah..seolah2 kita mengupah mrk utk m'bunuh Saudara2 kita di sana.(ADAKAH UMMAT ISLAM SALING 'BERBUNUHAN'.?)...
one more thing yg m'buatkn sy terus xpgi rest. tu then nk tgk pn rse "benci"...sbb, slh seorg Pemimpin negara tu ad brkata " KAMI DISINI DLM KEADAAN MENDERITA AMAT MMERLUKAN BANTUAN,KAMI AKAN MENUNTUT HAK KAMI SEBAGAI SAUDARA SEISLAM DIAKHIRAT KELAK KPD SSIAPA YG TIDK M'BANTU KAMI ,ITU JANJI KAMI"...

nah,mrk tuntut DIAKHIRAT.!!! xrse takut ke..?? amalan kita pn dah la xbyk...lg satu, sy rse sgt2 sedih bila ad yg paste logo "M" kt kreta msing2..seolah2 berbngga dgn logo McD drive-thru 2...ermm,,ya,mngkn susa utk kita 'turun padang' brsama mrk utk berjihad..tp,bukn ke kita bleh berdoa..?? m'boikot brgn yg related ngn Israel?..mengajak rkan2 mengambil berat tntg Isu2 Palestin...boleh kn..??....sahabat2,renungkanlah~


KFC

wallahua'lam..setakat ni sy dgr syrkt ni xd related dgn Isreal..cuma,,sy xbrp yakin dgn cara sembelihan ayam...rse ragu2..kn klu ragu2 itu (syubhah) elok kita jauhi,,4 more info just search in You Tube "Kentucky Fried Cruelty"...sahabat2 bleh tgk sndiri....

Walahua'lam~ Syamiyyah Mustaffa

Pebble of Palestine
By Imran Ali

I was once happy...
You might question this.
A pebble, happy?
How can it be?
Yet, its hard to see,
If you could witness me,
Now...

I once had a home.
A home within the Holy Land,
My home was within a hand.
The hand of a young boy,
My best friend...
He found me in darkness,
From the cold, I escaped.
To the light of a landscape,
So pure, so sacred.
We were never seperated,
I went with him, everywhere.
Day after day we played,
Into the air he threw me.
Everytime a little higher,
Everytime my view was brighter.
The Sun blessed us with happy days,
But my warmth came from him.
He held me tight and close,
No toys to play, just me, I lay,
In the palm of an innocent child's hand.

One morning...
An hour before dawn.
He woke up suddenly,
I stay firm in his grasp.
A noise thundered through,
To the door he flew,
To see what was the source.
Mother... Father...
They lay in a puddle,
A pool of red, rippling blood.
Above them is a man,
His gun, pointed precise,
At us...
My friend, with tears in his eyes,
And pain in his heart.
Threw me at the enemy.
I flew passed and through the window,
Spinning and gaining speed.
Every turn, I looked back,
To see my family moving away.
The roar of the gun shot echoed,
As my friend fell out out of sight.

I landed in a playground,
A familiar one to me.
I remember the singing and chanting.
The playing and laughing.
But now, a decrepit place.
Blood taints the walls,
Bodies litter the ground.
Bodies of children lay,
Without a sound...

The horror grew further away,
As I was kicked down the street.
The street desolated as I passed.
Buildings of peace and love,
Crumble with families beneath.
Pain attacks my surface,
As I slide on the ground.
What once was smooth and warm,
Now rough with mothers upon.
Crying over corpses,
Of their children,
Husbands, parents and more.
Crying in hysteria,
Left to mourn...
All before dawn...
I could see the light of the Sun,
The day had nearly begun,
As I witness what has been done.
The warmth of the light vanished,
So suddenly...

That's how helpless I am,
I cannot die like my friends,
Only be left to share their agony.
Oh how I wish this would end.
So that I would feel proud to say,
That all my friends are alive.
Our city will remain to shine.
I have a home to call mine.
I am a Pebble of Palestine.

Hari-hari ku...

Alhamdulillah...
tinggal 1 lg paper...ICT..yg lain dah lepas..Bio,Chem,Phy,Maths,English and Lughatul'arabiah...
harapan,,
moga ilmu yg aku pelajari disini diberkati,kekal dlm minda...utk diamalkan..baik dr sgi teori n practical....
impian..stlh berusaha,biarlah Allah S.W.T yg menyempurnakan yg selebihnya...Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik...yg pntg jgn putus doa,,jaga HablumminaAllah wa HablumminNaas...

Plan masa cuti...??

hehe..mcm2...nk teruskan Lesen kreta yg tergntung..ye lah..xd masa nk balik Ipoh hbiskan driving class,,,,xp..Ummi n adik2...kakak ad lesen nnt snanglah nk g mne2 an..he3
Ummi suruh kerja..nk kerja apa pn xtaw..aish! 'indi mushkilah.! hadzihi museebah kabeerah...!!

nk try apply kt mne2 skolah rendah..jd ustazh je! hehe.. menddik anak2 watan..cewaaah!..tp ummi sruh apply kt klinik gigi..jd doctor assistnt....bleh k?? xp lah..i'll try ummi...juz pray 4 me..hu3...xpn tgklah mne2 yg mmerlukan jwtn kosong..tp xnk la klu dorg sruh pkai yg "sek*i2"....xnk lah..!! wt tmbh dosa je..!! tgklah zmn skrg,,overall female workers da cam sarung nangka! haish,,ni perlu diubah..,,siapa yg btnggjwb?? sayakah?..ya!! saya & anda semua....! Ingat tu wahai khulafa' sekalian.. :)

hmm,,okaylah...coretan smpy sini dulu..Waalahua'lam.. :)

Monday 18 April 2011

Kata Imam Al-Ghozali:

☑ Yang Singkat Itu "WAKTU".

☑ Yang Menipu Itu "DUNIA".

☑ Yang Dekat Itu "KEMATIAN".

☑ Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".

☑ Yang Berat Itu "AMANAH"

☑ Yang Sulit Itu "IKHLAS".

☑ Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".

☑ Yang Susah Itu "SABAR".

☑ Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".

☑ Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH".

☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".

☑ Yang Berharga Itu "IMAN".

☑ Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".

☑ Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT".

Bertudung Atau Berfesyen?

Salamullahi'alaik...

Bertudung atau berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.

Masih lagi menampakkan batang leher(jarang), dada dan sebagainya.Juga ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.Malah labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.Sombong makin bertambah, lalu jalan mendabik dada.Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan.Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.

Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.

Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.

Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.

Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung.Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.

Sekian, wassalam..Syamiyyah Mustaffa~

Thursday 14 April 2011

"Gaya" masa kini..???

Salamullahi'alaik...berjalan2 sekitar Ipoh bberapa minggu yg lepas...melihat dunia sekarang yg tersgt2 update...dr aspek teknologi,komunikasi dsb,,,especially gaya ( fashion)...hmm,,

ya! sekejap je menular kan...? mne2 shj kita lihat xkira lelaki @ wanita..bergaya menjadi satu kewajipan bg mereka.."ye la,,bru ad style!" jwpn2 yg didengar jika ditnya....mmg benar,Islam xpernah larang ummatnya bercantik2..sdgkn " Innallaha jameelun wa yuhibbu al jamal" yg bermaksud "Allah S.W.T itu sgt cantik dan sukakan kecantikan"...ttp,,bukan kah Islam tlh meletakkan guidelines dlm berpakaian dan bergaya..?? Alaa,,,bukn susa sgt pun nk follow rules yg Allah S.W.T cipta kan?..


Analogi: kalau sy buang 2 biji gula2 ke tanah,,satu masih berbalut dgn bungkusan & 1 lg sy buka bungkusannya...saya suruh saudara/i kutip gula2 tu..mne yg akan suadara/i pilih...???? sendiri pandai jwp la an.. to be continued...~