Assalamu'alaikum w.b.t.
berjumpa lagi dgn nafas baru,syukur pd Allah S.W.T masih lg diberi peluang melihat dunia dari pagi hingga pd waktu ini. Moga2 bertambah iman dan amal kita hari ini,esok dan hari2 seterusnya. inshaAllah~
Topik hari ni...membincangkan tajuk terpenting dalam hidup kita : Cinta Diri Sendiri
ya! Setiap manusia perlu cinta akan dirinya,betul?
Jika kita cinta & sayang diri :
- kita akan berusaha mempertingkatkan iman dan 'amalan2 sunnah seperti berpuasa,bersedeqah, senyum dsb.
- kita akan selalu bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.
- kita akan bersabar dgn setiap ujian yg Allah beri kerana kita tahu Allah sedang menilai iman kita.
- kita akan selalu m'baca al-quran kerana ia akan menjadi teman kita di alam barzakh nanti.
- kita akan selalu berselawat keatas Rasulullah S.A.W kerana hendak m'dpt syafa'at di akhirat kelak.
- kita akan belajar bersungguh-sungguh mencapai kejayaan kerana kita tahu kesusahan ibu ayah mencari rezeki utk mmbesarkan kita.
- kita tidak akan menghampakan harapan ibu bapa kerana kita tahu mereka mahu kita jadi orang yang berguna.
- kita tidak akan berkata2 yang sia2, berkata2 kesat, mengumpat, membuka aib orang lain dsb.
- kita tidak akan menderhaka kepada ibu bapa kerana kita tahu anak yg derhaka tidak diredhai Allah S.W.T.
- kita tidak akan menghampiri dan membuat maksiat, zina mata, zina hati, zina lidah dsb.
- kita akan menutup aurat kerana kita takut api neraka akan membakar tubuh kita.
- kita akan menjadi seorang yang berfikiran positif.
- kita akan menjaga kebersihan kerana ianya sebahagian drpd iman.
- kita tidak akan membuang masa dgn perkara2 tidak berfaedah.
- KITA AKAN MEMBUAT SESUATU UNTUK MEMBELA AGAMA!!!! kerana kita tahu Allah S.W.T jadikan kita sebagai seorang khalifah dimuka bumi dan kita tahu ia akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak!
- kita akan cuba sedaya upaya menegakkan Islam agar kembali gemilang.
- kita akan belajar bersungguh-sungguh untuk selamatkan ummat Islam khususnya dinegara kita.
- kita sentiasa alert dengan masalah2 ummat yang berlaku disekeliling kita dan berusaha memperbaikinya.
dan banyak lagi..!!!
jika kita sayang diri kita,kita akan cuba sedaya upaya untuk menjadi hamba Allah S.W.T yang taat dan soleh ! fikirkan kembali,,,muhasabah kembali...
selama kita hidup didunia, adakah kita hanya hidup dgn sesuatu yg sia2? untuk memiliki kesenangan dan kelalaian dunia? menolak larangan2 yang Allah S.W.T cipta untuk kebaikan hamba2NYA....mengetepikan kesenangan akhirat yg kita tahu ianya kekal abadi selamanya...mari bersama2 renungkan2 kembali jika kita cinta dan sayang diri kita~
wallaua'lam- syamiyyah mustaffa
No comments:
Post a Comment