Salamullahi'alaikum....
Kita seringkali b'kata makhluk yg pertama Allah S.W.T cipta ialah Nabi Adam a.s betul ?
namun kita lupa bhw Allah S.W.T telah mncipta Nur Muhammad sebelum Allah mncipta makhluk2 yg lain. Insan bernama Muhammad S.A.W sgt istimewa. Sirahnya juga saya kira sahabat2 pasti sudah tahu. Kita sgt beruntung kerana Allah S.W.T mjadikan kita krn kasihNya pd Rasulullah. krn itu Ummat Muhammad adalah ummat yg t'baik betul? Tp,sejauh mana kita tonjolkan kita adalah ummat terbaik? Sejauh manakah kita mengikut sunnah Rasulullah? saya sendiri juga akui begitu payah utk istiqamah dlm mencontohi Sunnah & Qudwah Hasanah baginda.
Rasulullah sgt2 mencintai ummatnya sehinggakan ketika baginda menghadapi sakaratul maut,baginda masih menyebut "ummati,ummati,ummati". Subhanallah!betapa hebat cinta baginda pd kita. tp sejauh mana kita m'cintai baginda? berapa kali kita berselawat utk baginda? sejauh mana kita mendalami riwayat hidup baginda? Ya! mungkin dlm solat spnjg bertashahhud awal dan akhir ada berselawat utk baginda. Tp itu prosedur dlm solat. Dari hati kita sendiri bagaimana?
Layakkah kita untuk mendapat syafa'at baginda diakhirat kelak? Layakkah kita untuk bersama-sama baginda menghuni Jannatul Firdaus? Layakkah kita utk minum air telaga baginda dlm syurga yakni Telaga Kautsar? Layakkah kita untuk melihat senyuman baginda dgn wajahnya yg sgt2 tampan? Layakkah kita untuk berkata-kata dgn baginda? Bukankah itu yg sepatutnya impian kita sbg ummat baginda? bertemu dgn seorang pemimpin yg sangat hebat, yg sangat 'adil dan yg sgt2 sempurna akhlaknya.
Sahabat2 sekalian,saya sgt2 resah bila melihat ummat Islam kini lebih memuja2 artis. Lebih suka pd perkara2 yg melalaikan. Apabila hati sudah ditakluki "kehebatan bakat2 artis", maka dimanakah tempat2 Rasulullah, Para2 Anbiya', Para Syuhada' di hati kita? . Insan2 terpilih yg sepatutnya ditempatkan tmpt tertinggi di hati kita tlh hilang. Kehebatan mereka yg sepatutunya disanjung dan dicontohi telah dilupakan.
Oleh itu sahabat2,marilah kita bersama2 menghidupkan & tanamkan kembali cinta pada Rasulullah S.A.W.,para sahabat,para syuhada'.Bersama2 mengamalkan sunnah2 baginda Rasulullah,mencontohi akhlak terpuji dan selalu berselawat pd baginda agar mndapat syafa'at diakhirat kelak.
صلّى الله على محمّد و على اله وصحبه وسلّم تسليما كثيراَ
No comments:
Post a Comment