"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day"

"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day" ^_~ !!!

Thursday, 28 April 2011

Al Hubb 4 Cinta Remaja



Salamullahi'alaikum...

apa khabar sahabat2? apa khabar iman?makin meningkat or makin menurun? hehe...ya! kita manusia mmg ada pasang surut imannya..Tapi kita sendiri juga yang menentukan iman masing-maasing sama ada mahu tinggatkan ia atau sebaliknya.

Istifsar saya hari ini ingin b'bincang dgn sahabat2 tentang cinta remaja, setelah kta sama2 b'bincang dlm nukilan Al-Hubb 1,2 dan 3 yg lepas. Kini kita proceed pada tajuk yang sangat menarik. Setelah lama saya perhatikan dlm mana-mana laman sosial yang t'kenalseperti Facebook, Twitter dsb,saya dapati remaja2 sekarang ini gemar "post" something yang berkaitan dgn topik cinta. Then suka meng"share" notes yang berkaitan antara lelaki dan perempuan seperti "SIFAT2 WANITA YG DIBENCI LELAKI","RAHSIA TARIKH LAHIR PASANGAN ANDA", TANDA2 LELAKI JATUH CINTA" dan banyak lagi. Ada juga yang suka post2 something yg boleh dikatakan "xperlu dipost". contohnya berkaitan dgn status diri, marah pada "si dia", memuji2 "si dia", si lelaki marahkan si perempuan dan sebaliknya hingga ada juga yang mengeluarkan kata kesat dan mcm2 lagi.ermm..

Mengapa masing2 suka mendedahkan perangai "buruk" pada orang ramai? Inikah REMAJA ACUAN ISLAM?? Itupun belum disentuh hal b'gambar sesama couple, mendedahkan status "relationship", remaja perempuan yang mendedahkan aurat dan ditayang pada laman sosial. Mengapa jadi seperti ini? Padahal secara jujurnya saya akui ramai sahaja lepasan sekolah agama tapi perangai macam "budak bukan sekolah agama". lupakah pada kuliah-kuliah, tazkirah-tazkirah yang menjadi halwa telinga disekolah dahulu? Even yang bukan sekolah agama pun, mustahil tidak ada asas dalam agama,betul? Itu pun rasa payah hendak patuh undang2 Allah S.W.T.!!

Hmm,,kembali pada topik kita... Cinta adalah satu fitrah mulia yg Allah s.w.t letakkan pada hati setiap hamba2NYA. Kalau tidak punya rasa cinta,tidak normal seseorang itu betul? Kitalah sebagai manusia yang punya iman,akal yang sempurna seharusnya memelihara cinta yg mulia dari segala cacat cela, noda dan sebagainya.
Saya mulakan dgn topik Cinta Monyet yang biasanya dilabelkan pd remaja2 sekolah. Ya! sudah nama pun cinta "MONYET" mmg tiada faedah sedikit pun. Kononnya b'couple kerana ingin sama2 berjaya @ si dia sebagai sumber inspirasi dsb.
Sudahlah habis buku dikoyak hendak tulis surat cinta,habis dakwat pen hendak menulis. Hadiah yg dibeli utk "si dia" pun guna wang yang ibu ayah beri! useless semua ni! Asyik berkhayal tentang cinta,bagaimana ilmu nak lekat di dada! "ILMU ITU TIDAK AKAN HADIR PADA HATI2 YG BERMAKSIAT".

Kemudian, syaitan pun mulakan agenda seterusnya untuk menghasut 'couple' tsebut keluar berjalan2,menonton wayang, b'jalan2 b'pegangn tangan konon hendak tunjuk bahawa "kamilah couple paling bahagia didunia"...

satu lagi sebuah lagu yg saya beri title "xbley pakai punya"...boleh x? hehe...

"Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman "


famous kan lagu ni.?? hehe tp ,,,,,"Boleh pandang-pandang???" bukankah dlm al-Quran sudah termaktub mengatakan bahawa:


”Katakanlah kepada orang-orang mukmim untuk menjaga pandangan mata mereka dan menjaga kemaluan mereka”

(Al-Qur’an Al-Karim Surah An-Nur [24 ]: ayat 30)



memang 'xbley pakai' betul x?....


Seterusnya,apabila sudah t'biasa maka syaitan pun menghasut lagi untuk memlakukan perkara yg t'kutuk! naudzubillah~
Nah! lihatlah sekarang apa sudah terjadi. Bayi-bayi yg tidak berdosa dibuang,dibunuh secara kejam!. Mana hilangnya sifat perikemanusiaan? Sanggup membunuh! dan bukankah membunuh itu termasuk antara dosa2 besar!! balasan untuk dosa2 besar? Di neraka lah tempat mereka.
" Ad bran ke nak masuk neraka?"


Bukankah Islam agama yg mulia. Meletakkan cinta juga ditempat yg mulia. Iaitu dengan jalan pernikahan! Subhanallah!!
Justeru,remaja2 ISLAM sekalian, jauhilah perkara2 yg mendekatkan diri dgn zina. Zina hati,zina mata,zina dsb.Dalam firman Allah S.W.T dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud:

“Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”


Menghampiri zina pun tidak boleh, inikan pula berzina!..

Sahabat2 sekalian, Allah S.W.T sudah meletakkan jodoh masing2 dan apabila sampai satu masa, akan dipertemukan juga. x
tidak perlu risau,tidak perlu resah! Jikalau anda risau, tanyalah iman, adakah anda tidak yakin dengan Allah S.W.T?
Jika belum ditemukan, usahlah khuatir,Allah S.W.T sedang "mempersiapkan si dia" supaya menjadi insan yg baik dan sesuai dgn anda dan Allah S.W.T sengaja m'beri peluang dan masa yg banyak kpd kita utk berbuat baik pada ibu bapa. faham kan? hehe

Berdoalah agar dijodohkan dgn seseorang yang boleh mendekatkan diri anda dgn Allah, seseorang yang boleh membantu anda menegakkan Islam, seseorang yang bijak dan baik akhlaknya supaya boleh membantu dan membimbing anda.inshaAllah...DOA JE!! :)


WALLAHUA'LAM~

No comments:

Post a Comment