Salamullahi'alaikum w.b.t....
kaifa al-hal?..harap sahabat2 sume fi sihhatin jayyidan inshaAllah :)
suka dgn topik ni,,,ibu bapa :)
ya,tiada mereka tiadalah kita di dunia. Alhamdulillah,,syukur kita kpd Allah S.W.T kerana lahir2 sudah memeluk Islam betul? bagaimana pula org2 lain yg dilahirkan dlm keluarga yg kufur? kita sangat bertuah kerana dilahirkan dlm nikmat Iman dan Islam.
Untukmu ibu,insan yang melahirkan saya...
Terima Kasih pada ibu kerana m'jaga saya dgn baik sekali.Terima kasih pd ibu kerana m'baca ayat2 suci al-quran ketika saya masih di alam rahim. Awal2 lg sudah kenalkan saya pd pencipta saya yg Agung iaitu Allah S.W.T. Terima kasih ibu kerana kenalkan saya pd pemimpin terulung iaitu Rasulullah S.W.T. Terima Kasih ibu kerana sanggup menahan siksa m'bawa saya kesana kemari tanpa mengeluh sedikit pun. Terima kasih ibu kerana sanggup bertarung nyawa melahirkan saya. Sudah pastinya ibu mengharapkan saya menjadi anak yg soleh. inshaAllah ibu!
Terima kasih ayah kerana sentiasa m'beri sokongan pd ibu utk melahirkan saya. Terima kasih ayah kerana melaungkan kalimah azan dan iqamat di telinga saya! Terima kasih ayah bekerja keras untuk membesarkan saya. Terima kasih ayah m'berikan kata2 semangat buat saya untuk terus belajar.Terima kasih ayah kerana.................
seribu kali terima kasih pun pasti tidak dpt m'balas jasa mereka m'besarkan kita betul?. Subhanallah! Merekalah insan terbaik.
Namun kita sebagai anak,pernahkah kita terfikir apa perkara terbaik yg pernah kita lakukan utk mereka? untuk membalas jasa mereka? adakah kita selalu mendoakan utk mereka? pernahkah berusaha untuk menjadi anak yg soleh dan solehah? ibu bapa menghantar ke sekolah/universiti untuk kita menuntut ilmu Allah S.W.T. Tapi apakah yg kita lakukan? adakah kita benar2 menuntut ilmu? atau sekadar memenuhi tuntutan dalam agama? berbaloikah usaha keras ibubapa mencari rezeki utk kita belajar di sekolah tetapi kita hanya "bayar" mereka dengan belajar main2,bercinta,bergaduh,m'buat perkara2 tidak berfaedah dsb..berbaloikah?
dimana tugas kita sebagai seorang anak dan pelajar? bukankah ini semua akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak?
sahabat2,mari bersama2 bermuhasabah kembali. adakah kita seorang anak yg baik? seorang anak yg bersungguh-sungguh dlm belajar untuk berjaya dan Untuk membela ibu bapa dihari tua mereka? bukankah kita perlu mencari keredhaan mereka juga.
رضا الله في رضا الوالدين..
"keredhaan Allah S.W.T terletak pada keredhaan ibu bapa"
Selagi masih ada masa,selagi mereka masih didunia..sama2 lah kita berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah kerana jika mereka sudah tiada,doa2 anak soleh lah yang akan menjadi 'peneman' mereka di alam barzakh kelak....
Sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud:
Apabila anak Adam wafat putuslah amalnya kecuali tiga hal yaitu sedekah jariyah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain, dan doa anak2 yang soleh. (HR. Muslim)
wallahua'lam~
No comments:
Post a Comment