"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day"

"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day" ^_~ !!!

Sunday, 8 May 2011

Iman

Salamullahi'alaykum...

Situasi di mana muslim hidup kini adalah situasi yang mengikis iman dan menumpulkan keiltizaman kita kepada Allah SWT, janji-janji Allah dan ancaman Allah. Seolah-olah Allah sangat jauh dari kita hingga kewujudan Allah tidak dirasai lagi malah tidak diperlukan lagi.

MasyaAllah, alangkah jauhnya kita dari hakikat keimanan yang sebenarnya.

Sistem hidup ini hanya menyediakan kita untuk hidup sebagai ‘binatang ternak’ yang hanya hidup untuk makan, minum dan berkelamin.

Lihat sahajalah iklan-iklan yang dipaparkan dalam muka televisyen kita atau majalah-majalah hiburan. Semuanya mengajak kita menikmati pelbagai makanan, pelbagai minuman dan mengajak kita untuk mencari pasangan dan melalui pelbagai tahap zina: zina mata, zina telinga, zina hati, zina anggota kita, sehingga ‘menyempurnakan’ tahapan zina.

Alangkah mulianya manusia apabila dia diciptakan untuk berubudiyyah hanyasanya kepada Allah dan untuk mengimarah bumi sebagai khalifah tetapi dialah yang telah ‘menjatuhkan’ diri ke tahap yang serendah-rendahnya. Kita ‘berkubang’ yang sangat rendah dan hina, iaitu di dalam kehidupan makan, minum dan berkelamin sahaja.

Sistem pendidikan yang dilalui kini menyediakan kita untuk menjadi manusia yang hanya mampu hidup di tahap ini. Walaupun sebahagian dari kita dikurniakan oleh Allah SWT hajat yang lebih tinggi untuk menapaki tahap kehidupan yang lebih tinggi, tetapi peratusannya masih sangat kecil.

Bagi kita yang dikurniakan sedikit kesedaran dan kefahaman Islam yang membolehkan kita mampu melakukan sedikit amal Islami, tetapi oleh kerana sistem yang sedang berjalan hanya menyediakan kita untuk hidup di tahap ‘nafs kelembuan atau nafs binatang ternak’ maka diri kita terperangkap antara memburu kenikmatan ‘kelembuan’ atau hidup mulia mengejar syurga Allah.

Justeru, marilah kita memuhasabah diri di tahap mana kita berada pada ketika ini dan marilah kita mengadap Allah SWT dengan hati yang sedih dan mengadu kepada-Nya agar ditingkatkan ‘himmah’ kita keluar dari nafs kelembuan ini dan meningkat ke tahap benar-benar menjadi hamba-Nya yang sedar, faham dan taat kepada segala ditaklifkan ke atas diri kita....
`
wallahua'lam~

No comments:

Post a Comment