Dipendamkan di hatinya yang tidak diceritakan pada sesiapa tentang perasaannya. Dia tertarik dengan seseorang gadis yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah gadisnya, Fatimah Az-Zahra, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.Dia mengetahui dirinya tidak mempunyai apa-apa untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha yang kuat dapat merealisasikan cintanya, itulah Saidina Ali Karamallah wajhah, sepupu baginda sendiri....
Sehinggalah beliau tersentap dengan perkhabaran bahawa sahabat karib Rasulullah S.A.W yang mulia, Saidina Abu Bakar As-siddiq melamar Fatimah.....“Allah menguji aku rupanya”, begitulah batin Saidina Ali. Beliau merasa diuji oleh Allah kerana merasakan siapalah dirinya jika dibanding dengan Abu Bakar...Kedudukan disisi nabi???
Abu bakar lebih utama, keimanan dan pembelaannya pada Allah dan Rasulnya tidak dapat ditandingi......Lihatlah bagaimana pengorbanan Abu bakar menjadi teman Rasulullah dalam hijrah sedangkan Ali hanya ditugaskan untuk menggantikan nabi di alas tidurnya.......Lihatlah dakwah yang dilakukan oleh Abu Bakar......Lihatlah berapa ramai tokoh bangsawan dan saudagar yang masuk islam hasil sentuhan Saidina Abu Bakar seperti Uthman, Abdur Rahman bin Auf, talhah bin zubair yang mungkin tidak dapat dilakukan oleh kanak-kanak yang kurang pergaulan seperti Saidina Ali...Lihatlah berapa ramai budak muslim yang dibebaskan dari perhambaan dan para faqir yang dibela oleh Abu Bakar seperti Bilal, Khabbab, Keluarga Yasir dan Abdullah bin Mas’ud dan siapa yang dibebaskan oleh Ali??
Dari segi kewangan, Abu Bakar seorang saudagar dan Ali hanyalah seorang yang miskin dan tidak mempunyai apa-apa... Abu Bakar boleh membahagiakan Fatimah.....”Inilah persaudaraan dan cinta”kata Saidina Ali...”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, Aku mengutamakan kebahagian Fatimah atas cintaku”
Namun, sinar masih ada buatnya.... Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi.... Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri.....
Hati Masih Diuji
Ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Saidina Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan. Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah.
Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata..”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Saidina Umar juga ditolak...... Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya????
Tatlaka Sinar Cinta Menerpa
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq, Umar Ibnu Al-Khatab, dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid.... Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w..... Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib????”. Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa???”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”..........
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata:“Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa”.....Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”........Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Saidina Ali untuk melamar puteri Rasulullah S.A.W.......
Merungkai Niat nan Suci
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali.... datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah..... Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu???” Rasul Allah s.a.w. menjawab:“Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”.......Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”.............“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad S.A.W.......Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu:
“Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya........Rasulullah mendahului berkata:...... “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa......Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga........... Dan anda ya Rasulullah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat..... Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga..... hidup bersama seorang isteri...... Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasulullah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib:“Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”.........“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.
“Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa¬jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dengan disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah S.AW..... mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya:“Bahawasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”............“Ya Rasulullah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Cinta di Hati Serikandi
Mengenai Fatimah Az-zaharah....dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku??? Dan Siapakah pemuda itu????” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”...........
****
Betapa hebat peribadi dua insan agung, benar?
Inilah jalan cinta dua insan agung yang memperjuangkan hidup hanya untuk Allah dan rasulNya....Begitulah cinta yang ber’seni’kan diam....Mereka saling mencintai..tetapi memendam perasaan kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya... memang sukar menjadi seperti mereka...namun, untuk meneladani mereka adalah satu perkara yang perlu kita lakukan...memang keimanan kita tidak akan pernah sama dengan mereka akan tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak mencontohinya... semua ingin menjadi terbaik dan ingin lakukan yang terbaik dalam kehidupan untuk diri sendiri mahupun orang lain....
Jika kita ingin berjaya, tiada jalan lain melainkan dengan cara hidup Rasulullah dan para sahabatnya...cara hidup yang melengkapi fitrah insaniah....itu jaminan Allah...kita diberi pilihan..akan tetapi ramai memilih cara lain....ramai manusia mengetahui tentang sirah junjungan dan para sahabat tetapi mereka tidak yakin dan percaya…
Pilihlah dengan pandangan mata hati yang bersih bukan pandangan nafsu semata-mata. Berdoalah agar kita dihindarkan dari tipu daya syaitan yang memutar belitkan sesuatu yang buruk menjadi baik dipandangan kita. Sentiasalah menghampirkan diri kita pada Allah S.W.T agar kita diberi “keyakinan” dan “kepercayaan” untuk melakukannya.......
Wahai lelaki dan Wanita......
Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu...
Ketahuilah...kita diberi pilihan...maka ikutlah kata iman
Wallahua’lam~
No comments:
Post a Comment