فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (At-Taubah:129)
Pages
"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day"
"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day" ^_~ !!!
Tuesday, 12 July 2011
Saya Paling Takut...
Salamullahi’alaykum..
Alhamdulillah…
Bertemu lagi dihari yg indah..
Suka saya kongisikan dengan sahabat2 tentang apa yang saya paling TAKUT bila kita hidup bermasyarakat ini. Subhanallah Maha Suci Allah S.W.T menjadikan kita semua dari pelbagai bangsa/kaum agar kita saling berkenal-kenalan .
FirmanNya dalam Surah Al-Hujurat :13 yang bermaksud:
Maksudnya:" Hai manusia, sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali."
Jangan salah tafsir maksud ayat diatas ye!
Ayat diatas bukanlah bermaksud lelaki dan perempuan itu perlulah saling mengenali. Tetapi kita cuba lihat kekuasaan Allah s.w.t menjadikan kita terdiri daripada berlainan jantina, berlainan bangsa,berlainan bahasa.Allah s.w.t mencipta kita dari pelbagai rupa wajah, ada yang cantik, handsome,berkulit putih mulus, ada juga yang hitam manis, ada yang dikurniai harta kekayaan, ada yang serba kekurangan,macam2 kan?
Tapi itu semua pentingkah?
Tidak bukan..sebab Allah S.W.T berfirman dlm Surah Al-Hujurat sambungan ayat diatas tadi:
"Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah s.w.t ialah yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal ."
Apa sebenarnya yang saya takut?
Hmm…Sebenarnya apa yang saya takut ya apabila kita hidup dalam pelbagai lapisan masyarakat?...
Allah s.w.t tidak menjadikan hidup kita sia-sia. Apa tujuan hidup kita selain menjadi 'Abd (hamba) yang dipertanggunjawab untuk beribadah kepadaNya? Ya! Tentulah Kita juga sebagai khalifah. Khalifah untuk memakmurkan bumi,untuk menyebarkan Islam. Perlu kita ingat bahawa Allah s.w.t jadikan setiap individu itu ada tanggungjawab tersendiri.
Takut Bila Berkawan …
Saya takut apabila kita bersahabat, saya tidak mengajak mereka buat kebaikan. Ia lah, bila sudah bersua dengan teman-teman , bagaikan lupa dunia. Macam2 hendak dibuat, bersembang-sembang, mengumpat sana - sini (astaghfirullah) bermain-main, berjalan-jalan dsb. Apa yang telah kita lakukan sebenarnya? Kenapa kita tidak mengajak mereka untuk berhalaqah setiap kali berjumpa? Kenapa kita tidak mengajak mereka bersama-sama bertadarrus selepas solat maghrib? Ya Allah, hendak mengajak solat berjemaah pun susah. Awak solat dihujung sana, saya solat dihujung sini.
Astaghfirullah~
Takut Bila Berkawan…
Saya takut bila kita berkawan, kita tidak mengajak mereka berpakaian mengikut guideline syara’. Ya Allah, sesungguhnya kita pelajar Islam, yang mempelajari agama, tahu bab2 halal haram. Tapi kenapa kita tidak menegur teman-teman kita yang tidak menutup aurat sepenuhnya? Sedangkan mata kita akan menjadi saksi atas pemakaian mereka. Allahu Rabbi. Ampunkan hambaMu.
Kalau difikirkan cukup senang saja kita hendak menasihati mereka benar bukan?. Ia lah, sebab sudah lama kenal, sudah tahu hati budi, sudah selami jiwa , sudah tahu bagaimana hendak tackle teman-teman kearah kebaikan. Tapi kita tidak melakukannya!.
Astaghfirullah~
Takut Bila Berkawan…
Hidup dialam remaja ini,biasalah. Bila ada masa lapang mestilah tercari-cari masa hendak hanging out with friends di luar. Cari2 shopping complex yang best1 Yang banyak entertainment. Kita sedar yang kita lalai, kita sedar yang kita hanya membuang masa. Tapi itu semua kita tidak ambil peduli kan? Hanya tahu hendak puas hati! Mengapa kita tidak mengajak teman-teman menziarahi mana2 tempat yg lebih bagus? Tempat2 yang lebih baik untuk berbincang hal-hal semasa,agama,berkongsikan masalah sama-sama.
Bila sudah penat berjalan2 di mall. Perut mulalah berbunyi. Wah! Hidangan apa yang bakal masuk perut kita ini. Teman-teman mulalah mengajak kita ke McDonald. Tempat favourite lah katakan. Okay, kita mengaku kita tidak mahu makan kat situ. Sebab apa? Sebab kita tahu Israel suppliers terbesar tahu!! Xnak lah ! SORRY 2 SAY kita nak masuk.Tapi ada x kita beritahu mereka bahawa Mc D itu Israel Laknatullah punya! Ada x kita cuba menghalang teman-teman kita memberi "sumbangan" pada mereka? Mengapa kita tidak cuba mengajak teman-teman kita makan di kedai lain? Bukankah banyak lagi kedai-kedai Melayu yang lebih terjamin halalnya? Kebersihannya? Tambahan pula,secara tidak langsung kita meningkatkan ekonomi kaum kita. Mengapa kita tidak menegur mereka sedangkan kita tahu?
Astaghfirullah~
Apa Saya Nak Jawab?
Cuba fikirkan kembali,apa jawapan kita ya apabila Rabbul Izzati bertanya kelak tika HARI KEBANGKITAN? Mengapa kita tidak lakukan perkara yang sepatutnya sebagai seorang sahabat sesama Muslim. Dan bagaimana jika dihari perhitungan kelak, mereka mengadu kepada Allah? Mereka berkata “Ya Allah, Sesungguhnya dia tahu Ya Allah, tapi dia tidak menasihati kami Ya Allah”.
Apa jawapan kita sahabat-sahabat?
Begitulah sahabat2 sekalian…
Apa yang saya 'share' ini adalah apa yang berlaku disekeliling kita. Sedangkan teman-teman terdekat pun susah kita nak beri nasihat/bimbingan tentang hal2 yang kita tahu tapi mereka tidak tahu. Inikan pula dengan masyarakat diluar sana. Lagi lah dengan bermacam-macam kerenah. Apa yang saya share ni hanya sebahagian sahaja sebagai contoh.
Hendak salahkan mereka? Tetap tidak boleh salahkan mereka. Lainlah kalau sudah dinasihat tapi mereka masih berdegil. Salah kita juga kan? Penat-penat belajar agama tapi untuk diri sendiri sahaja buat apa? Mestilah kena share dgn orang lain. Berkawan kena sama-sama beri bimbingan. Share something yang kita tahu tapi mereka tidak tahu dan begitu juga dengan mereka.
Berkawan/bersahabat itu sangat penting.Bina mawaddah dalam persahabatan dan berdoa agar Allah S.W.T kurniakan rahmah.
Agak-agaknya dah selesai ke belum tanggungjawab kita sebagai sahabat dan Khalifah?
Ingat senang ke berkawan? Hehehe…
Wassalam~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment