"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day"

"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day" ^_~ !!!

Wednesday, 9 November 2011

Sungguh Kagum..!!

Salamullahi'alaykum..

11 Sept 2011, Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo.

Alhamdulillah bersua lagi. Hari ini saya masih diberi peluang menghirup nafas baru, masih mendengar degupan jantung, masih dapat melihat bukti2 kebesaranNya. Alhamdulillah segalanya nikmat dari Yang Maha Pencipta.

Menjadi pelajar Al-Azhar bukanlah sesuatu yang dianggap mudah kerana dimana2 sahaja pun khususnya di Malaysia pastinya menganggap graduan dari Al-Azhar ialah seorang mahasiswa yang hebat, meskipun saya sekadar mengambil jurusan perubatan, tetapi membawa status pelajar 'Islamic' itu lebih dipandang tinggi. Justeru, saya sangat berharap dapat mencedok sebanyak mungkin ilmu yang ada di negara Wadi Ilmu (Lembah Ilmu) ini.

Setelah hampir sebulan menuntut di Univ Al-Azhar, Alhamdulillah sudah dapat meng'adapt' diri di sini walaupun dengan suasana yg agak 'tense' dek kesesakan, kekotoran dsb. Walaubagaimanapun, ia tetap menjadi salah satu tanah barakah yang Allah telah pilih sebagai tempat saya menuntut ilmu.

Saya nak kongsikan dengan sahabat-sahabat kisah seorang pelajar Al-Azhar berbangsa Turki. Beliau diletakkan bersama pelajar2 Malaysia kerana kelas utk pelajar2 Malaysia adalah satu satunya P&P yg 'fully in English" memandangkan beliau hanya tahu berbahasa Inggeris selain bhs ibundanya iaitu bhs Turki. Sedang melihatnya bersendirian dibelakang kelas, saya mengambil kesempatan utk mendekati dan berkenalan dengan beliau sewaktu kelas belum bermula.

Alhamdulillah sudah berta'aruf dan beliau dikenali sbg Sayyida berusia 26 tahun. Agak terkejut juga apabila beliau memberitahu umurnya sbb rata-rata pelajar2 Tahun Satu Perubatan berusia antara 17-20 tahun. Lalu beliau bercerita tentang kisah hidup beliau.

Memang sepatutnya beliau sudah 'grade' sbg HO di negara beliau tetapi atas alasan beliau ber'HIJAB', beliau tidak dibenarkan utk menyambung pelajaran @ pekerjaan di Turki. Mungkin masalah berpunca daripada kerajaan dan tentera di sana katanya .Hinggalah beliau mengambil keputusan utk mengulang kembali 6tahun pengajian di Al Azhar.

Allahuakbar! Tabahnya beliau hingga sanggup mengulang semula pengajian demi pertahankan HIJAB yg dipakainya. 6 Tahun bukanlah suatu tempoh yg pendek.Beliau ada juga membuat permohonan untuk mendapatkan pengajian tahun akhir di Univ Cairo, tetapi uruusannya sangat merumitkan, jadi beliau memilih al-Azhar. Beliau berasa sangat berbangga dengan pelajar-pelajar Malaysia yang berhijab dan berasa sangat senang belajar dengan kami semua.

Saat itu, saya membayangkan diri saya jika berada ditempat beliau. "Sanggupkah aku? Demi pertahankan agama dan maruahku? Demi mempertahankan arahan Allah s.w.t dalam memelihara auratku? Mantapkah Imanku? ....Allahu Allah~

Beliau berkata, beliau sanggup buat apa sahaja asalkan dpt menjadi seorg doktor Muslimah. Walaupun mungkin memakan masa yg lama.

Ya Allah, tatkala itu saya berasa sgt malu dgn beliau. Mula bermain-main di fikiran tentang wanita-wanita Melayu dinegara sendiri. Ramai yanag tidak bertudung, tidak menutup aurat, sedang negara sendiri, Islam menjadi agama rasmi. Mungkin hanya segelintir sahaja seperti beliau. Subhanallah ! Sungguh kagum dgn peribadi beliau!!

Allahu akbar, jadikanlah aku seperti beliau, kuat iman pertahankan syariatMu ya Allah~~

" Allahumma Ahyina bil Iman, wah shurna bil iman fi kulli makan, wa fi kulli zaman"

No comments:

Post a Comment