"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day"

"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day" ^_~ !!!

Saturday, 18 February 2012

Kenapa Ibadah saya tidak membentuk peribadi saya?

Bismillah..


‘Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu”~ Az-Zariyat : 56

Ayat diatas jelas sekali bahawa Allah s.w.t menjadikan setiap makhlukNya untuk beribadah kepadaNya,benar-benar mengabdikan @ menghambakan diri kepadaNya.

Saya yakin ramai dari kalangan sahabat tahu apa intisari tersirat yang terkandung dalam ayat tersebut dan tidak perlu rasanya hendak menghurai panjang. Kita sebagai seorang Muslim telah dipertanggungjawab memenuhi tuntutan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman. Ianya sebagai asas untuk membentuk jiwa seorang Muslim.

Alhamdulillah, ramai dari kalangan kita mampu untuk menunaikan kesemuanya inshaAllah. Namun apa yang kita lihat sekarang,ibadah yang kita lakukan gagal membentuk diri,akhlak dan peribadi yang unggul sebagai seorang Muslim. Kenapa ya?

“Aku solat je 5 waktu sehari semalam,puasa penuh je sebulan….”

“Aku percaya je Allah itu ada,Rasulullah s.a.w pesuruhnya……”


Jom check diri, adakah kita lakukan semua itu semata-mata untuk memenuhi tanggungjawab kita? atau semata-mata diakhirat nanti kita impikan syurga Allah? atau kerana takutkan neraka Allah?

Itullah silap kita sebenarnya! Beribadah kerana mengharapkan ganjaran!! Bukan Lillahita’ala semata-mata,

Jom check solat kita…(sebab solat adalah medium komunikasi kita dengan Allah S.W.T)

Dimulakan dengan wudhu’…

Jom check wudhu’ kita, niat ikhlas Lillahita’ala? Sempurnakah? Tertibkah? Membazirkah? Terkadang apabila berwudhu’ kita boleh membazir tau! Biarkan air mengalir deras… “buka air paip macam nak MANDI”.

Then, Jom check cara berwudhu’… “MENYAPU AIR” keanggota2 wudhu’ ..bukannya “MEMBASUH@MEMBILAS@MENYIRAM AIR dsb” keanggota2 berkaitan. Betul kan? Terkadang lihat orang selesai berwudhu’ ni,ada rasa konfius.. “Dia ni berwudhu’ ke mandi ni? Habis basah lencun baju~

Niat …

Masalah niat? Kenapa solat tidak khusyuk?

“Time solat aku dah niat,tapi lama-lama fikiran jadi merewang,teringat benda2 lain..”


Sebabnya? Tidak faham apa konsep niat. Sebab itulah solat jadi acuh tidak acuh.

“Usalli fardhu Subhi rak’ataini LILLAHI TA’ALA” – contoh

Niat “LILLAHI TA’ALA (kerana Allah Ta’ala)” itu tidak sampai dihati. Niat untuk bersolat itu tidak benar-benar difahami, sebab itu timbul rasa tidak ikhlas.

Sebab apa? Kerana tidak faham konsep Lillahi Ta’ala. Tidak ikhlas untuk bertemu Allah, niat semata-mata mahu lepas
tanggungjawab bersolat,tidak ready untuk solat,terasa solat ini menyusahkan, memenatkan dan membuang masa.

Ya ! itu sebenarnya masalah utama kita, masalah dengan NIAT. –Jom muhasabah

Takbeeratul Ihram…


“Allahuakbar”…(ketika mengangkat takbir)

Masalah kita? Maksud “Allahuakbar” yang dilafazkan itu tidak sampai dihati. Adakah benar-benar kita memahami maksud ‘Allah Maha Besar’..? Adakah ketika lidah menyebut Allahu Akbar,hati benar-benar ikhlas mengagungkan Dia..? – Jom muhasabah

Al-Fatihah dan bacaan seterusnya…

Ustazah saya pernah berpesan, antara tips nak capai kekhusyukan ini,kita perlu faham setiap kalimah yang dilafazkan ketika bersolat. Barulah rasa ‘kehambaan’ itu muncul dari hati.
Ramai sahaja yang pandai membaca al-Fatihah hatta kanak-kanak tadika pun. Tetapi berapa ramai yang benar-benar memahami dan menghayati apa yang terkandung disebalik al-Fatihah? Apa maksud setiap bait-bait indah al-Fatihah itu sendiri?

Pasti tiada kesan dalam hati jika sekadar membacanya sahaja, cuba bayangkan kalau setiap apa yang dilafazkan ketika solat itu difahami? Allahu Allah..pasti indah kata-kata yang ditutur pada Allah! Pasti gerun diri merasakan kehebatan setiap ayat-ayat yang memuji keagungan Allah! Pasti muncul rasa ‘kehambaan’ dalam jiwa!

Jom kita hayati maksud setiap bacaan dalam solat. (Rasanya kalau sahabat nak copy pun lagi bagus, selalu baca dan hayati ^_~ )


Maksud Al-Fatihah (Pembuka):

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihai (1) Segala puji bagi Allah,Tuhan seluruh Alam (2) Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang (3) Pemilik hari Pembalasan (4) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan (5) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (6) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat,bukan jalan yang dimurkai dan bukan pula jalan yang sesat”

Maksud bacaan ketika ruku’ :

“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung dan segala puji bagiNya” 3kali

Maksud bacaan ‘Itidal :

“Allah mendengar pujian orang yang memujinya,Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Maksud bacaan ketika Sujud:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya” 3 kali
Maksud bacaan ketika duduk antara dua sujud :
“Ya Tuhanku,ampunilah aku ,rahmatilah aku , kayakan daku, angkatlah darjatku ,rezekikan daku, berilah aku hidayah ,sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku .”

Maksud bacaan Tahiyyat Akhir :

“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba ('ibaadi) Allah yang soleh. Aku naik saksi (Asyhadu) bahawa (an) tiada (laa) Tuhan (ilaaha) melainkan (illa )Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.”

Disini saya hanya kongsikan maksud2 ayat yang wajib dilafazkan ketika bersolat. Yang lain-lain,mungkin sahabat sudah tahu. Apa yang penting, apabila kita baca setiap ayat itu,biarlah maksudnya sampai dihati kita agar boleh dihayati. Dari situlah akan terbinanya rasa cinta kita pada Allah s.w.t dan akan terbentuknya jiwa hamba dalam diri kita inshaAllah.

Cara Rasulullah s.a.w membaca setiap surah @ ayat didalam solat juga perlu kita contohi. Iaitu Baginda membacanya dengan jelas,tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu perlahan,dengar setiap butir ayat agar boleh dihayati dan difahami maksudnya.

Saya kongsikan tajuk ‘Solat’ ini kerana ianya satu-satunya ibadah ‘Life’ yang menghubungkan kita secara ‘direct’ dengan Allah s.w.t. Solat juga adalah amalan pertama yang Allah akan hisab! Solat membentuk peribadi seorang Muslim dan juga mencegah kemungkaran.

“Innasolaata tanha ‘anil fahshaa’I wal Munkar”

Cuba kita lihat masyarakat sekeliling kita, Alhamdulillah ramai yang Muslim dan melakukan solat 5 waktu sehari semalam. Tapi, kenapa ada juga kemungkaran yang berlaku? Kenapa hati masih lagi enak berbuat dosa? Kenapa kemaksiatan bermaharajalela? Sebab, tidak menjaga solatnya! Jadi solat itu sendiri gagal membentuk diri,gagal mengawal diri dari godaan nafsu,gagal dari pelbagai sudut. Pentingkan solat ni?!

Dan jangan kita lupa ada neraka Khas yang Allah ciptakan untuk hambaNya yang solat iaitu neraka Wail!
Termaktub dalam surah al-Ma’un : 4-6

“Dan celakalah bagi orang yang solat (4) iaitu orang yang lalai dalam solatnya (5) yang berbuat ria (6)

Siapakah golongan yang lalai?

Iaitu orang-orang yang tidak ikhlas melakukan ibadah solat,orang yang tidak menjaga waktu solatnya (melewat2kan),orang yang riak dalam melaksanakan solat…

Akhir kalam untuk semua..

InshaAllah dalam aspek solat kita perbaiki, perlu ditambah juga amal ibadah lain seperti berzikir,membaca al-Quran, solat sunnat dan sebagainya. Yang penting setiap amalan yang dilakukan itu benar-benarlah LILLAHI TA’ALA! Kita faham dan hayati! Itu yang penting.

Sentiasa juga perbaharui niat (tajdid niat) dan beristighfar! Kerana kita sebagai manusia memang tidak akan terlepas dari berbuat dosa,tidak akan terlepas dari bisikan syaitan dan godaan nafsu.Entry diatas ini sebenarnya khas buat renungan diri saya sendiri. Yang memerlukan muhasabah setiap masa,muraqabah dan mujahadah!

Saya kongsikan bersama sahabat-sahabat agar menjadi renungan untuk kita. Fikir kembali dimana silap kita dalam beribadah dan kenapa ibadah kita tidak membentuk peribadi kita sebagai seorang Muslim.

Wallahu’alam~



Saturday, 11 February 2012

Bismillah..


Alhamdulillah. Winter-break sudah menutup tirai. Diari sebagai seorang pelajar bermula lagi. Mesti Dukturah2 tanya "How was ur holiday? " Saya nak jawab apa ea?? Of course lah "Alhamdulillah!!" sambil tersenyum-senyum..hihi

Bila esok start kuliah baru lah malam ni nak study!! Kalau dah namanye student memang begitulah agaknya ya? Ke cemane?hmm.. Time kecik-kecik dulu mesti ummi tanya " Dah susun buku ikut jadual? Dah siap kerja sekolah?" hihi..rindunye..Tapi sekarang dah besar panjang xkan lah nak kena tanya lagi kan?. Ish Mia ni. matured lah sikit..Tu lah, ayah suruh sambung belajar di Malaysia xnak. Nak jauh2 jgk..

Ayah ni, apa salahnya kan nak ikut jejak langkah ayah belajar overseas..hehe Bumi Anbiya' ni. Banyak barakah.yang penting doa ayah dan ummi sentiasa iringi saya disini :)

Okay,tomorrow is Sunday and subjects for my class?? Macam biasa..Physio,Histo,Biochem and Anat. Plus my favourite subject that is al-Quran coz antara kelas yang PnP in Arabic. Bosan sudah sume subject dlm BI..huhu

Anyway, macam biasalah Mia. Set up ur mind,take a deep breath,Bismillah....Tajdid Niat semula. Okay?? Set! Alhamdulillah!! ^_^

kalau ada masa, nanti saya share lagi entries yang menarik okay! Salamullahi'alaykum,take care semua!..:)

Thursday, 9 February 2012

I Wanna Be Like Her ^_^


Bismillah…

Just a simple entry I wanna share with girls out there. Bila tengok ramai sangat makhluk Allah ni suka ‘couple’. Yes, you know, between girls and boys. That makes me keep thinking.

Is it ber'couple' really needed to prove your love? To love someone and to be loved by someone is just a simple thing right? Hmm…jom follow cerita ni~

Alhamdulillah, Allah ketemukan saya dengan seorang akak ni. She’s very kind. Bertudung labuh with jubah. Memang ‘alim lah tengok. Terkelu lidah nak panggil ustazah or just akak sebab ada soalan nak tanya ni..huhu..

Then,saje saya nak ta’aruf dengan akak yang comel ni. The golden-question yang saya tanya is “Akak pernah couple x?”

…huhu..saya ni pun satu, tengok akak se’alim camtu mesti la xpernah couple kan? tapi.. mane la tau kan…hehe

Dengan senyumnya yang sweet, akak menjawab:

“Cepumas soalan awak ni, hehe..alhamdulillah..xpernah..kenapa awak tanya soalan tu?” soal akak pada saya

“Erk,,hehe..xde lah..saje tanya…saya tengok kawan-kawan saya ramai sangat couple..hmm” jawab saya sambil tersengih2..

“Awak pernah couple ke?” tanya akak tu sambil angkat kening pada saya. Segan dibuatnya…hihi

Guess what? She has very beautiful eyes. Cantiknya akak ni…bertuah la siapa dapat..mujur saya xde abang..hehe

“Ish,.mane ada akak..xpernah jugak..ermm..kenapa akak xnak couple ea? Saya rasa akak ni mesti ramai peminat ni. Betul x? ngee~~” soal saya

“Erm..akak nak tanya awak, perlu ke kita beri cinta pada seseorang yang belum tentu jadi milik kita?” soal akak sambil tersenyum

“Errr…xperlu kot..akak mesti ada pendirian akak kan kenapa akak jawab macam tu..share la dgn saya..hehe” ujar saya

“Alhamdulillah, ni la bukti kita mampu melawan nafsu. Bukan senang nak mujahadah betul x? Cinta dengan manusia memang xboleh dipisahkan. Memang Allah ciptakan fitrahnya begitu. Memang betul kita ni mahu disayangi oleh insan lain selain family, kawan-kawan.. kan? Tapi bagi akak, apa salahnya kita simpan cinta kita ni pada seorang insan istimewa yang Allah ciptakan untuk kita.” Jelas akak yang comel ni..

Wah..akak ni dah macam ustazah la pulak..mmg ustazah kot..tapi betul juga apa yang akak ni cakap..Saya hanya mengangguk setuju.

“Dan dalam tempoh tu lah, kita boleh perbaiki diri kita, bentuk diri jadi muslimah solehah, utamakan tanggungjawab pada keluarga dulu, pelajaran kita, macam-macam kita boleh buat dalam tempoh tu. Maksud akak,tempoh sebelum Allah temukan kita dengan jodoh kita. Masa tu la kita gunakan sebaik-baiknya untuk berbuat baik pada mak ayah,bina lah diri jadi anak yang solehah. Nanti kalau dah berkahwin, lagi banyak tanggungjawab kita tau” tambah akak tu..

“hehe..betul tu akak,saya sokong” jawab saya sambil tersengih-sengih

“Masa tu juga lah kita jadikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam rumahtangga,buatlah persiapan yang sepatutnya. Kita nak jodoh yang soleh kan? So,kita kenalah jadi solehah. Barulah match..hehe..hmm..akak tengok remaja-remaja sekarang ni banyak habiskan masa dengan something yang xberfaedah. Yang kes couple, habiskan duit yang mak ayah bagi dengan beli topup sebab hari-hari kena call n mesej gf atau bf masing-masing kan? Beli hadiah,keluar tengok wayang..kalau awak perasan, mereka dah salah guna amanah yang mak ayah beri pada mereka. Berdosa x?” soal akak tu..

“Yes! Mestilah berdosa akak, xbaik buat mak ayah mcm tu,penat-penat kerja, diorang habiskan duit macam tu je..tu belum ada yang pegang tangan, paling teruk sampai buat maksiat,akibatnya sekarang ni tengoklah kes zina banyak sangat. Yang saya sedihnya akak sebab semuanya terjadi pada remaja Melayu. Malulah akak, kalau orang kafir tengok kita macam ni, sampai bila Islam nak naik kan?” ujarku

“Betul tu, sebenarnya couple ni lah yang mendekatkan kita dengan zina, memang mula-mula kita xde rasa apa-apa, tapi syaitan xpernah serik nak goda kita. akak rasa awak pun faham kan? Allah dah suruh kita jangan hampiri zina,inikan berzina!..Sebenarnya,jadi tanggungjawab kita lah nak amar ma’ruf nahi munkar ni, kalau ada kawan-kawan adik yang bercouple tu, nasihat lah mereka boleh?.” Ujar akak

“Ermm..inshaAllah akak, emm,akak, macam mana kalau ada yang Islamic couple tu? Akak pernah dgr x? Ye lah, diorang couple tapi macam jaga la kot adab-adab,ikhtilat semua tu” soal saya

“Islamic couple? Emm,Awak nak tahu x? syaitan ni pandai tau atur strategi, semua yang jahat dinampakkan jadi baik. Even kita jaga macam mana pun, masalah hati mesti timbul, mustahil lah si perempuan atau si lelaki xde bagi mesej2 rindu,sayang dan sebagainya. Walau dengan ungkapan ‘ana uhibbuki fillah’. Ye la, nak nampak Islamic katakan, kalau dah hari-hari mesej, selalu send tazkirah, even ada yang kejut qiamullail pun, xkan xde rasa ‘syok’ kat hati sebab Si dia send mesej pada kita. itu lah masalah hati sebenarnya. Jangan mulakan sesuatu dengan wasilah kemaksiatan,even kalau kita berkahwin pun dengan bf kita,dosa-dosa lampau tetap ada tau,mesti kena solat taubat!” Jelas akak tu..

Serius memang betul apa yang akak comel ni cakap…

“Habis tu akak, macam mana nak pilih jodoh kalau kita xkenal dia? Mestilah kena tau jugak kan? Entah-entah dia tu teruk ke, xsolat ke, xkan kita terus kahwin je dengan dia. Dah la xkenal” soal saya

“hehe..adik ni, macam dah nak nikah je bunyi? Jangan lupa jemput akak tau..hehe..akak gurau je..ermm…kalau adik nak tahu, jodoh kita ni sebenarnya ‘reflect’ dari kita sendiri. Kan Allah berfirman mafhumnya ‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya’..so, sebab tu lah dari sekarang kita janganlah sibuk bercinta, bentuklah akhlak dan peribadi diri dahulu, supaya Allah temukan kita dengan jodoh yang baik, xkan kita xyakin dengan Allah? hmm?? Soal akak..

“Hmm..betul tu akak, jodoh tu kan rahsia Allah, janji kita yakin Allah kurniakan yang terbaik buat kita,macam akak cakap, reflect dari diri kita sendiri..kalau kita baik,maka baiklah yang Allah beri dan sebaliknya..hehe..tapi kan akak, ada je yang isteri baik,suaminya pula jahat dan sebaliknya..macam mana pulak tu ye?”soal saya

"anggaplah itu ujian dari Allah. cuba lihat balik sirah-sirah terdahulu, Nabi Nuh a.s dan Nabi Luth a.s. Isteri2nya juga kufur dengan Allah kan? Tapi apa yang baginda buat? Selalu pujuk,nasihat dan ajar tentang Islam. Tengok Firaun pula, isterinya Asiah kan beriman dengan Allah. Kalau Allah takdirkan kita begitu, janganlah putus asa berdoa,semoga Allah bantu kita untuk pimpin ke jalan benar." jelas akak comel

"Ermm..kita janganlah risau..inshaAllah, si dia yang Allah cipta pun sedang xsabar-sabar nantikan kita, binalah diri jadi wanita solehah, akak doakan awak semoga dapat jodoh yang soleh..sejujurnya,apa yang akak cakap ni peringatan buat akak juga” tambah akak sambil tersenyum manis

“Terima kasih akak, saya pun doakan akak jugak..inshaAllah,saya tengok akak ni confirm dapat yang soleh punya lah atau akak dah ada yang punya?..hehe” usik saya

“Ish..awak ni..belum tentu..hehe…inshaAllah, akak harap macam tu lah. Sama-sama kita bina diri,itu yang utama..” ujar akak comel….

"Erm,,akak study course apa ye?" soal saya..saje nak tahu..hehe

"Akak masih belajar lagi dan Alhamdulillah student medic 5th year..doakan akak jadi doktor solehah tau..hehe" jawab akak comel

Dalam hati,just wanna say...fuyyoo, dah la bakal doktor,solehah pulak tu..kenapa lah saya xde abang kan..kalau x,memang dah lama jadi kakak ipar ni..hihihi ~berangan~

Wah!! I wanna be like her. Keep my love for someone special and be a muslimah doctor too.. InshaAllah ^_^

Wallahu’alam~

Cintailah Rasulullah s.a.w

Bismillah~

4 Februari 2012 @Rumah ARB-Sambutan Maulidurrasul S.A.W

Today is a very special day. Ada kuliah yang disampaikan oleh Mudir Darul Ifta’,Mesir. Siapa lagi kalau bukan as-Syeikh Amru Al WarDaani. Bangga rasanya dapat bersemuka dengan beliau.

Ulama’!!

Rasa tenang mata memandang. Moga imanku bertambah dengan rasa cintakan ulama’.

Kenapa rasa special sangat kan hari ni? Hehe..sebab mudir Darul Ifta’ beri talk la. FYI,Siapa2 yang grade dari Darul Ifta’ ni boleh jadi mufti tau. Fuyyoo!! Hebat kan? 

Beliau beri talk tentang Maulidurrasul. Serius terpikat dengan cara penyampaian beliau. Sangat lemah lembut, jelas, santun dan bersahaja. Even dalam bahasa Arab,Alhamdulillah saya boleh faham sebab ada basic arab sikit2. Thanks to my dad for teaching me since 3 years old. I love bahasa Arab ^_^

Oh my Allah, really fall-in love with ulama’!!

Anyway, contents of the talk are very important kan?

Beliau banyak menerangkan tentang kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W. Jika kita benar-benar kita cintakan Rasulullah S.A.W, apa bukti-buktinya? Antara isi yang saya faham dan boleh terjemah ialah:

Kata beliau “Sesungguhnya syurga itu terdiri dari orang-orang yang mencintai Rasulullah S.A.W”

Now,ask ourselves..kita semua nak masuk syurga kan??..

“Sesiapa yang mengingatinya, masuklah mereka kedalam syurga bersama Rasulullah S.A.W”


Apa cara kita untuk mengingati baginda S.A.W?

Of course lah selalu berselawat atas baginda betul x? Macam kita sesama manusia lah. As a simple example, kalau kita selalu ingat seseorang itu, mestilah seseorang itu akan ingat kita kan?

Hai..Awex-awex,boyfriend pun boleh ingat, xkan KEKASIH SEJATI kita xboleh ingat? Kata nak dapat syafa’at Baginda kan? Ha, selalulah ingat Rasulullah S.A.W

Tika Rasulullah S.A.W diambang kewafatan, masih Baginda ingat pada kita, sayang kan Rasulullah pada kita?

“Ummati!! Ummati!! Ummati!!” kalimah yang dilafazkan. Masih baginda ingat pada kita ummat yang selalu melupakannya.

Sollu ‘alan Nabiyyi~

“Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad, wa ‘ala Alihi wa Sahbihi wa Baarik wa Sallim~”

Allah Allah!! Semoga Baginda merindukan kita. Semoga diketemukan dengan Baginda di syurga!!

Siapa tidak mahu duduk bersama-sama baginda? Allah, tidak tergambarkan di akal fikiran. Andai kita dipilih oleh Allah untuk bersama-sama baginda. Pasti sejuk mata memandang wajahnya yang tampan, pasti terpikat dengan akhlaknya yang menawan. Really wanna see you smile when you see me Ya Rasulullah.

And there is a question yang al-Fadhil asked us:

“Apakah kita menyedari hakikat cinta kita pada Rasulullah?!”

Hmm..banyak persoalan ni seolah-olah ditujukan pada saya. Rasa nak menangis pun ada.
Kata cintakan Rasulullah? Apa bukti-bukti nya mia?...T_T

Now,let’s ask ourselves.

Adakah kita selalu berselawat pada baginda? Adakah kita hidupkan sunnah baginda? Iman sendiri boleh jawab kan? Malu x bila muka ini lah yang mahu minta syafa’at di hari perhitungan kelak. Layak kah kita? entah-entah Rasulullah sendiri pun xmahu lihat kita. Macammana nak masuk syurga ni??..huhu

As a conclusion

“Cintailah Rasulullah S.A.W dengan sebenar-benar cinta, kerana ia salah satu dari kunci syurga”

Lastly, saya tinggalkan lirik lagu ‘The Chosen One’ by Maher Zain, jom hayati~

The Chosen One

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasul Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Wallahu’alam ;)

Wednesday, 8 February 2012

Benci Israel!!

Benci Israel!!


Kenapa aku lihat mereka menuju ke McDonald ?

Lihat sebelah, ada juga di Starbucks café..Lihat mereka disebelah hadapan..berbotol-botol Coca-cola menjadi penghilang dahaga…
Hmm..aku pula hanya di ‘foodcourt’ biasa, nasi goreng kampung dan teh O panas menjadi hidangan. Dah order, tapi masih belum siap. Tengok sekeliling memang ramai orang,maklumlah hari minggu kan cuti umum. Hmm..xpe lah..tunggu je lah..Wasilah dan Muneerah kedua-dua adikku dari tadi tidak sudah membeli di kiosk accessories. Entah apa yang dicari. Biasalah kanak-kanak perempuan,pantang jumpa aksesori cantik pasti mahu dibeli. Sudah lenguh kaki berjalan,jadi aku tunggu sahaja di café ni sambil memerhati mereka dari jauh.

Anyway, boring lah tunggu lama-lama. Facebooking kejap lah. Nak update status..hehe

Tengok wall, ayah ada post mengenai Palestin,seramnye tgk gambar..Ya Allah, seorang mujahid disiat kulit mukanya, dikorek matanya…disebelahnya ada gambar seorang bayi di dadanya tembus peluru Laknatullah! rasa nak nangis! Allahuakbar..tak sanggup nak tengok lagi. Air muka aku berubah..Rasa sayu…sambil memikirkan sesuatu..

“Dahulu Iraq menjadi sasaran, palestin sudah kau tawan,kini Syria pula! Musuh Allah, apa yang kau nak sebenarnya?!,kacau bilau sudah negara-negara Islam kau kerjakan!!” Herdik hatiku..merindukan kegemilangan khilafah Islamiyyah, tatkala negara-negara Islam dibawah satu naungan,tiada perpecahan..

“Kakak!! Menung apa tu? Dah order ke?” soal Wasilah baru sahaja pulang dari kiosk.

“Kak cik nak makan apa? Biar adik belikan” Tanya dia pada Muneerah..

“Eh xpayah,adik duduk je sini, adik nak makan apa?” soalku.

“Hmm..kakak, jom beli McD nak,best sikit..hehehe?!” ajak Wasilah sambil tersengih-sengih

“Ish, xpayahlah..adik makan mee bandung nak? Kan favourite adik tu kan” aku memujuk. “Dah, kak cik belikan mee bandung dengan milo suam untuk adik, untuk kak cik,pandai2lah,jangan pergi McD sudah ye!” Ujarku…

“okay..” jawab dia

***

Alhamdulillah..nikmat makan Allah beri tanda kebesaran dan pemurahnya Dia. Hanya Dia mencipta rezeki,hanya Dia juga menentukan pemberian rezeki pada kita.

“Adik tau x kenapa kakak xbagi adik makan McD?”. Soalku pada Wasilah

“x tau, kenapa,McD tu sedaplah kakak, ada burger,ayam goreng tau x”. Ujar dia..

“Hmm..cuba adik tengok ni”. Sambil menghulurkan I-pad pada adikku

“Eeeii..ya Allah..kenapa macam ni muka dia? Takutnya…kat mana ni kakak?”…ujar wasilah

“tu kat Palestine kan?. Dasyatnye ya Allah, xsanggup kalau jadi macam tu kt kak cik” tambah Munirah.

“sebab ni lah kakak xnak makan dekat McD tu, McD tu antara penyumbang terbesar musuh Allah tau. Cuba adik bayangkan, adik beli burger kat McD tu,duit yang adik beri tu, nanti dia beri pada Israel,nanti Israel beli peluru,buat bom untuk bunuh saudara-saudara kita,kawan-kawan adik kat sana..berdosa tau kita kalau buat macam tu” jelas ku padanya.

“Hmm, tu la, sekarang pun Dr. Yusuf Qardhawi pun dah haramkan kita beli apa-apa je yang menyumbang pada Israel”tambah Munirah
“That’s right!, adik suka ke kalau tengok kawan-kawan jadi macam ni? Cuba adik bayangkan kalau jadi pada kita sekeluarga, tengok ummi, ayah, kakak, kak ngah, kak uda,abang, kak cik semua dibunuh depan adik? Mesti adik takutkan? Ujarku..

“Eeii!! Tak nak la jadi macam tu, adik xsuka, jahatnya musuh Allah ni. Lepas ni adik xkan beli lagi kt McD..adik xsuka diorang buat kawan-kawan adik macam ni!!” Katanya…

Tersenyum aku mendengar celoteh comelnya. Alhamdulillah, akhirnya dia sedar..sudah lama dia memujuk-mujuk aku belanja McD untuknya.

“Xpe adik, lepas ni kita pergi RFC nak? Sama je dengan McD,tapi ini orang Islam punya, kita kena sokong produk Islam tau!!” tambahku..

“Yeayy!! Seronoknya..adik nak burger dengan ayam goreng tau, kakak,jom pergi sekarang..jom2!!”

“Ish, adik ni tak kenyang ke tadi dah makan nasi,haa,ni mesti xbaca doakan?” ujar Munirah

“Mana ada..adik baca je la tadi, kak cik je yang xdengar”..jawab adik

“Dah, nantilah kita pergi ye InshaAllah, jom balik sekarang,nanti ummi risau kita x sampai rumah lagi”…ujarku


Tuesday, 7 February 2012

BuatMu Kekasih yang dirindui~

Bismillahirrahmanirrahim~


Alhamdulillah, rasa bersyukur padaMu kerana masih memberi peluang untukku terus melihat alam ciptaanMu yang maha hebat, menghirup udara tenang,masih aku diberi peluang menuntut ilmu, menyebarkan rasa kasih sayang pada setiap ciptaanMu, diberi peluang utk membaiki kesilapan-kesilapan lalu dan semalam. Semoga saat yang mendatang lebih baik. InshaAllah!

. Ya ! Segalanya adalah nikmatMu yang tiada bandingnya. Namun sering jua diri ini alpa. Astaghfirullah!

Ya Allah, sungguhku rasa bersyukur kerana ku telah diciptakan sebagai ‘keperluan’ pada setiap insan disekelilingku. Daku sbg rujukan hamba2-Mu mengadu kemusykilan, permasalahan, kekacauan yang melanda diri . Ya Allah, Jangan Kau suburkan rasa ujub dalam diri saat diri ini dipuji, jangan Kau hiaskan riak pada jiwa ini saat diri merasakan bhw 'akulah seorang Dai'e', sungguh syaitan bijak mengganggu jiwa-jiwa yang ingin menjadi sang Murabbi.

Ya Allah, jadikanlah daku seorang hamba yang dimana tuturkatanya didengari,diamati dan dihayati,seorang hamba yang dimana penulisannya yang bisa merobek hati2 insan yang jauh dari landasanMu,seorang hamba yang dimana pandangan matanya yang sungguh mendamaikan kalbu,ingin sekali daku membawa mereka yang hanyut kembali kepadaMu…

Ya Allah, sungguh diri ini sedar ilmu tidaklah seluas lautan, kemampuan tidaklah sedaya konkrit yang utuh, kerana Engkau menjadikan setiap manusia itu ada keterbatasannya.Namun, diri ini masih lagi mengharap agar Engkau gunakanlah daku! Jadikanlah daku sbg medium yang bisa menyampaikan hidayahMu pada hati-hati yang gersang,hati-hati yang tandus akan mengingatiMu! Biarlah diri ini lelah dalam perjuangan! Biarlah diri ini lelah dalam menegakkan kebenaran! Sungguh inginku Shahid dijalanMu.

Ya Allah, dimana pun keberadaanku saat ini, dimanapun kaki ini melangkah, berkati lah Ya Allah! Teguhkanlah pendirian ini saat ku jatuh, Kuatkanlah hati ini untuk bangkit kembali, Lapangkanlah hati dan jiwa ini dalam menerima segala taqdirMu.

Ya Allah, ingin sekali aku menyambung perjuangan KekasihMu, ingin sekali aku menjadi golongan yang dirinduinya. Ingin sekali ku tatap wajahnya yang bisa meruntun jiwa-jiwa yang sarat dengan cintaMu.

Ya Rahman, hanya padaMu aku merayu, bantulah jiwa ini,bantulah hati ini dalam menanam cita-cita tertinggi, Ya! Shahid dijalanMu,untuk ku tuai hasilnya saat dihitung diri. Sungguh ia sebagai wadah pertemuan antara kita,
~Khas buat Kekasih yang sentiasa dirindui~

Dr. Nur Syamiyyah :)