Bismillah..
‘Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu”~ Az-Zariyat : 56
Ayat diatas jelas sekali bahawa Allah s.w.t menjadikan setiap makhlukNya untuk beribadah kepadaNya,benar-benar mengabdikan @ menghambakan diri kepadaNya.
Saya yakin ramai dari kalangan sahabat tahu apa intisari tersirat yang terkandung dalam ayat tersebut dan tidak perlu rasanya hendak menghurai panjang. Kita sebagai seorang Muslim telah dipertanggungjawab memenuhi tuntutan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman. Ianya sebagai asas untuk membentuk jiwa seorang Muslim.
Alhamdulillah, ramai dari kalangan kita mampu untuk menunaikan kesemuanya inshaAllah. Namun apa yang kita lihat sekarang,ibadah yang kita lakukan gagal membentuk diri,akhlak dan peribadi yang unggul sebagai seorang Muslim. Kenapa ya?
“Aku solat je 5 waktu sehari semalam,puasa penuh je sebulan….”
“Aku percaya je Allah itu ada,Rasulullah s.a.w pesuruhnya……”
Jom check diri, adakah kita lakukan semua itu semata-mata untuk memenuhi tanggungjawab kita? atau semata-mata diakhirat nanti kita impikan syurga Allah? atau kerana takutkan neraka Allah?
Itullah silap kita sebenarnya! Beribadah kerana mengharapkan ganjaran!! Bukan Lillahita’ala semata-mata,
Jom check solat kita…(sebab solat adalah medium komunikasi kita dengan Allah S.W.T)
Dimulakan dengan wudhu’…
Jom check wudhu’ kita, niat ikhlas Lillahita’ala? Sempurnakah? Tertibkah? Membazirkah? Terkadang apabila berwudhu’ kita boleh membazir tau! Biarkan air mengalir deras… “buka air paip macam nak MANDI”.
Then, Jom check cara berwudhu’… “MENYAPU AIR” keanggota2 wudhu’ ..bukannya “MEMBASUH@MEMBILAS@MENYIRAM AIR dsb” keanggota2 berkaitan. Betul kan? Terkadang lihat orang selesai berwudhu’ ni,ada rasa konfius.. “Dia ni berwudhu’ ke mandi ni? Habis basah lencun baju~
Niat …
Masalah niat? Kenapa solat tidak khusyuk?
“Time solat aku dah niat,tapi lama-lama fikiran jadi merewang,teringat benda2 lain..”
Sebabnya? Tidak faham apa konsep niat. Sebab itulah solat jadi acuh tidak acuh.
“Usalli fardhu Subhi rak’ataini LILLAHI TA’ALA” – contoh
Niat “LILLAHI TA’ALA (kerana Allah Ta’ala)” itu tidak sampai dihati. Niat untuk bersolat itu tidak benar-benar difahami, sebab itu timbul rasa tidak ikhlas.
Sebab apa? Kerana tidak faham konsep Lillahi Ta’ala. Tidak ikhlas untuk bertemu Allah, niat semata-mata mahu lepas
tanggungjawab bersolat,tidak ready untuk solat,terasa solat ini menyusahkan, memenatkan dan membuang masa.
Ya ! itu sebenarnya masalah utama kita, masalah dengan NIAT. –Jom muhasabah
Takbeeratul Ihram…
“Allahuakbar”…(ketika mengangkat takbir)
Masalah kita? Maksud “Allahuakbar” yang dilafazkan itu tidak sampai dihati. Adakah benar-benar kita memahami maksud ‘Allah Maha Besar’..? Adakah ketika lidah menyebut Allahu Akbar,hati benar-benar ikhlas mengagungkan Dia..? – Jom muhasabah
Al-Fatihah dan bacaan seterusnya…
Ustazah saya pernah berpesan, antara tips nak capai kekhusyukan ini,kita perlu faham setiap kalimah yang dilafazkan ketika bersolat. Barulah rasa ‘kehambaan’ itu muncul dari hati.
Ramai sahaja yang pandai membaca al-Fatihah hatta kanak-kanak tadika pun. Tetapi berapa ramai yang benar-benar memahami dan menghayati apa yang terkandung disebalik al-Fatihah? Apa maksud setiap bait-bait indah al-Fatihah itu sendiri?
Pasti tiada kesan dalam hati jika sekadar membacanya sahaja, cuba bayangkan kalau setiap apa yang dilafazkan ketika solat itu difahami? Allahu Allah..pasti indah kata-kata yang ditutur pada Allah! Pasti gerun diri merasakan kehebatan setiap ayat-ayat yang memuji keagungan Allah! Pasti muncul rasa ‘kehambaan’ dalam jiwa!
Jom kita hayati maksud setiap bacaan dalam solat. (Rasanya kalau sahabat nak copy pun lagi bagus, selalu baca dan hayati ^_~ )
Maksud Al-Fatihah (Pembuka):
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihai (1) Segala puji bagi Allah,Tuhan seluruh Alam (2) Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang (3) Pemilik hari Pembalasan (4) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan (5) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (6) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat,bukan jalan yang dimurkai dan bukan pula jalan yang sesat”
Maksud bacaan ketika ruku’ :
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung dan segala puji bagiNya” 3kali
Maksud bacaan ‘Itidal :
“Allah mendengar pujian orang yang memujinya,Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Maksud bacaan ketika Sujud:
“Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji bagiNya” 3 kali
Maksud bacaan ketika duduk antara dua sujud :
“Ya Tuhanku,ampunilah aku ,rahmatilah aku , kayakan daku, angkatlah darjatku ,rezekikan daku, berilah aku hidayah ,sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku .”
Maksud bacaan Tahiyyat Akhir :
“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba ('ibaadi) Allah yang soleh. Aku naik saksi (Asyhadu) bahawa (an) tiada (laa) Tuhan (ilaaha) melainkan (illa )Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.”
Disini saya hanya kongsikan maksud2 ayat yang wajib dilafazkan ketika bersolat. Yang lain-lain,mungkin sahabat sudah tahu. Apa yang penting, apabila kita baca setiap ayat itu,biarlah maksudnya sampai dihati kita agar boleh dihayati. Dari situlah akan terbinanya rasa cinta kita pada Allah s.w.t dan akan terbentuknya jiwa hamba dalam diri kita inshaAllah.
Cara Rasulullah s.a.w membaca setiap surah @ ayat didalam solat juga perlu kita contohi. Iaitu Baginda membacanya dengan jelas,tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu perlahan,dengar setiap butir ayat agar boleh dihayati dan difahami maksudnya.
Saya kongsikan tajuk ‘Solat’ ini kerana ianya satu-satunya ibadah ‘Life’ yang menghubungkan kita secara ‘direct’ dengan Allah s.w.t. Solat juga adalah amalan pertama yang Allah akan hisab! Solat membentuk peribadi seorang Muslim dan juga mencegah kemungkaran.
“Innasolaata tanha ‘anil fahshaa’I wal Munkar”
Cuba kita lihat masyarakat sekeliling kita, Alhamdulillah ramai yang Muslim dan melakukan solat 5 waktu sehari semalam. Tapi, kenapa ada juga kemungkaran yang berlaku? Kenapa hati masih lagi enak berbuat dosa? Kenapa kemaksiatan bermaharajalela? Sebab, tidak menjaga solatnya! Jadi solat itu sendiri gagal membentuk diri,gagal mengawal diri dari godaan nafsu,gagal dari pelbagai sudut. Pentingkan solat ni?!
Dan jangan kita lupa ada neraka Khas yang Allah ciptakan untuk hambaNya yang solat iaitu neraka Wail!
Termaktub dalam surah al-Ma’un : 4-6
“Dan celakalah bagi orang yang solat (4) iaitu orang yang lalai dalam solatnya (5) yang berbuat ria (6)
Siapakah golongan yang lalai?
Iaitu orang-orang yang tidak ikhlas melakukan ibadah solat,orang yang tidak menjaga waktu solatnya (melewat2kan),orang yang riak dalam melaksanakan solat…
Akhir kalam untuk semua..
InshaAllah dalam aspek solat kita perbaiki, perlu ditambah juga amal ibadah lain seperti berzikir,membaca al-Quran, solat sunnat dan sebagainya. Yang penting setiap amalan yang dilakukan itu benar-benarlah LILLAHI TA’ALA! Kita faham dan hayati! Itu yang penting.
Sentiasa juga perbaharui niat (tajdid niat) dan beristighfar! Kerana kita sebagai manusia memang tidak akan terlepas dari berbuat dosa,tidak akan terlepas dari bisikan syaitan dan godaan nafsu.Entry diatas ini sebenarnya khas buat renungan diri saya sendiri. Yang memerlukan muhasabah setiap masa,muraqabah dan mujahadah!
Saya kongsikan bersama sahabat-sahabat agar menjadi renungan untuk kita. Fikir kembali dimana silap kita dalam beribadah dan kenapa ibadah kita tidak membentuk peribadi kita sebagai seorang Muslim.
Wallahu’alam~
Jazakillah atas perkongsiannya..^___<
ReplyDeleteMenulis pun kerana Allah..
-Deep in my heart-