"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day"

"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day" ^_~ !!!

Wednesday, 8 February 2012

Benci Israel!!

Benci Israel!!


Kenapa aku lihat mereka menuju ke McDonald ?

Lihat sebelah, ada juga di Starbucks café..Lihat mereka disebelah hadapan..berbotol-botol Coca-cola menjadi penghilang dahaga…
Hmm..aku pula hanya di ‘foodcourt’ biasa, nasi goreng kampung dan teh O panas menjadi hidangan. Dah order, tapi masih belum siap. Tengok sekeliling memang ramai orang,maklumlah hari minggu kan cuti umum. Hmm..xpe lah..tunggu je lah..Wasilah dan Muneerah kedua-dua adikku dari tadi tidak sudah membeli di kiosk accessories. Entah apa yang dicari. Biasalah kanak-kanak perempuan,pantang jumpa aksesori cantik pasti mahu dibeli. Sudah lenguh kaki berjalan,jadi aku tunggu sahaja di café ni sambil memerhati mereka dari jauh.

Anyway, boring lah tunggu lama-lama. Facebooking kejap lah. Nak update status..hehe

Tengok wall, ayah ada post mengenai Palestin,seramnye tgk gambar..Ya Allah, seorang mujahid disiat kulit mukanya, dikorek matanya…disebelahnya ada gambar seorang bayi di dadanya tembus peluru Laknatullah! rasa nak nangis! Allahuakbar..tak sanggup nak tengok lagi. Air muka aku berubah..Rasa sayu…sambil memikirkan sesuatu..

“Dahulu Iraq menjadi sasaran, palestin sudah kau tawan,kini Syria pula! Musuh Allah, apa yang kau nak sebenarnya?!,kacau bilau sudah negara-negara Islam kau kerjakan!!” Herdik hatiku..merindukan kegemilangan khilafah Islamiyyah, tatkala negara-negara Islam dibawah satu naungan,tiada perpecahan..

“Kakak!! Menung apa tu? Dah order ke?” soal Wasilah baru sahaja pulang dari kiosk.

“Kak cik nak makan apa? Biar adik belikan” Tanya dia pada Muneerah..

“Eh xpayah,adik duduk je sini, adik nak makan apa?” soalku.

“Hmm..kakak, jom beli McD nak,best sikit..hehehe?!” ajak Wasilah sambil tersengih-sengih

“Ish, xpayahlah..adik makan mee bandung nak? Kan favourite adik tu kan” aku memujuk. “Dah, kak cik belikan mee bandung dengan milo suam untuk adik, untuk kak cik,pandai2lah,jangan pergi McD sudah ye!” Ujarku…

“okay..” jawab dia

***

Alhamdulillah..nikmat makan Allah beri tanda kebesaran dan pemurahnya Dia. Hanya Dia mencipta rezeki,hanya Dia juga menentukan pemberian rezeki pada kita.

“Adik tau x kenapa kakak xbagi adik makan McD?”. Soalku pada Wasilah

“x tau, kenapa,McD tu sedaplah kakak, ada burger,ayam goreng tau x”. Ujar dia..

“Hmm..cuba adik tengok ni”. Sambil menghulurkan I-pad pada adikku

“Eeeii..ya Allah..kenapa macam ni muka dia? Takutnya…kat mana ni kakak?”…ujar wasilah

“tu kat Palestine kan?. Dasyatnye ya Allah, xsanggup kalau jadi macam tu kt kak cik” tambah Munirah.

“sebab ni lah kakak xnak makan dekat McD tu, McD tu antara penyumbang terbesar musuh Allah tau. Cuba adik bayangkan, adik beli burger kat McD tu,duit yang adik beri tu, nanti dia beri pada Israel,nanti Israel beli peluru,buat bom untuk bunuh saudara-saudara kita,kawan-kawan adik kat sana..berdosa tau kita kalau buat macam tu” jelas ku padanya.

“Hmm, tu la, sekarang pun Dr. Yusuf Qardhawi pun dah haramkan kita beli apa-apa je yang menyumbang pada Israel”tambah Munirah
“That’s right!, adik suka ke kalau tengok kawan-kawan jadi macam ni? Cuba adik bayangkan kalau jadi pada kita sekeluarga, tengok ummi, ayah, kakak, kak ngah, kak uda,abang, kak cik semua dibunuh depan adik? Mesti adik takutkan? Ujarku..

“Eeii!! Tak nak la jadi macam tu, adik xsuka, jahatnya musuh Allah ni. Lepas ni adik xkan beli lagi kt McD..adik xsuka diorang buat kawan-kawan adik macam ni!!” Katanya…

Tersenyum aku mendengar celoteh comelnya. Alhamdulillah, akhirnya dia sedar..sudah lama dia memujuk-mujuk aku belanja McD untuknya.

“Xpe adik, lepas ni kita pergi RFC nak? Sama je dengan McD,tapi ini orang Islam punya, kita kena sokong produk Islam tau!!” tambahku..

“Yeayy!! Seronoknya..adik nak burger dengan ayam goreng tau, kakak,jom pergi sekarang..jom2!!”

“Ish, adik ni tak kenyang ke tadi dah makan nasi,haa,ni mesti xbaca doakan?” ujar Munirah

“Mana ada..adik baca je la tadi, kak cik je yang xdengar”..jawab adik

“Dah, nantilah kita pergi ye InshaAllah, jom balik sekarang,nanti ummi risau kita x sampai rumah lagi”…ujarku


No comments:

Post a Comment