"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day"

"Please take a tablespoon of the Tazkirah antibiotics per day" ^_~ !!!

Friday, 24 June 2011

Ustazah Pilihan & Solehah




Salamullahi'alaykum..

Melihat kebangkitan golongan2 yg menentang prog realiti "Ustazah Pilihan" di astro oasis..mungkin ramai tidak sedar program realiti "Solehah" di TV Al Hijrah sudah pun bermula dengan pencarian gadis2 solehah..konsep kedua2 program ini tidak banyak bezanya. Saya tidak menyokong 100% dan tidak juga membantah 100% krn kedua2 prog ini memberi kebaikan. Cuma saya ingin utarakan sedikit pendapat/fikrah jika prog ini diteruskan........

Ramai yang menentang atas hujah2 seperti :

1) Wanita tidak perlu menonjolkan diri di khalayak ramai/ dipertonton dikhalayak
2) Lebih baik wanita itu jika tampil hanya dibelakang tabir
3) Membawa kepada tabarruj ( ingin berhias ketika sesi rakaman/on air ) dan sebagainya atas dalil2 tertentu.

Tetapi jika dilihat situasi/uruf di Malaysia sekarang seperti prog2 realiti yg melalaikan malah menarik remaja2 untuk hanyut dlm dunia hedonism. Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Mentor, My Starz LG, Bintang RTM, Bintang kecil dsb yang semakin hari semakin membanjiri industri seni di Malaysia. Kononnya nak memperhebat industri seni dan industri muzik tanah air. Statistik Zina, Cerai, Rogol, Kes buang bayi makin hari makin meningkat. Seolah2 makin payah bagi Para2 Pendakwah untuk menarik golongan2 yg terlibat dgn gejala2 ni kembali ke pangkal jalan. Yang lebih mengharukan apabila segalanya2 terlibat dengan wanita.

Justeru, disebabkan realiti betapa susahnya nak mencegah mungkar, maka dakwah/Islam perlu lebih bersifat kompeten, kreatif dan 'catchy',(bukan bermaksud selama ini dakwah Islam tidak berkesan), tetapi memandangkan media adalah salah satu medium yg baik utk menyampaikan maklumat, boleh dikatakan "semua org ad tv kt rumah". Jadi, sekaligus boleh mengalih pandangan mereka sikit-sikit dari unsur2 kelalaian yg merajai hati majoriti muslimah Malaysia. Oleh itu, diharap rancangan ini bakal menyelesaikan masalah2 yg berlaku dlm kalangan wanita di M'sia.

Uruf kita (melihat kepada majoriti msyrkt Malaysia terutama golongan wanita dan remaja perempuan) " SASARAN ADALAH GOLONGAN WANITA DI LUAR SANA" bukanlah golongan lelaki atau yang memahami Islam secara total. Masing2 sudah maklum dgn masalah ummah yg seakan2 menggila terutama remaja2 perempuan dgn masalah keruntuhan akhlak, etika, adab berpakaian dsb akibat kesan drpd hiburan oleh gol2 artis2 Barat tidak ketinggalan artis2 M'sia. Lihat kanan ini gayanya, Lihat kiri ini pulak fesyennya. Jangan sesekali membandingkan masyarakat kita di M'sia dgn msyrkt di Mesir yg mmg wanita tidak dibenarkan keluar langsung.

Satu lagi, kita sendiri pun belum lihat lagi ''penangan'' Ustazah Pilihan dan Solehah ni. Terlalu banyak andaian yang direka. Rancangan ini saya kira bukanlah yang terbaik tapi sudah cukup baik jika hendak dibanding dgn prog2 realiti yg lain. Apa yang penting adalah niat para peserta dan pengarah rancangan prog ini untuk menegakkan kembali sinar Islam serta menyelesaikan masalah yg berlaku, BUKAN demi mencari nama, keuntungan dsb.

Semua sudah maklum dgn hadis Rasulullah S.A.W :

" Innamal a'amalu binniat "

Jadi, kita lihatlah hasilnya setelah prog ini berlangsung. Jika benar niat pengarah program dan para peserta utk tegakkan syi'ar Islam, maka produk keluaran "Ustazah Pilihan" dan "Solehah" bakal menggoncang dunia dan begitulah sebaliknya.

Program realiti ini haruslah dijalankan jika bersyarat dan ikut syari'at.Para Hakim yg mengadili juga perlu dan sgt2 perlu menunjukkan CONTOH terbaik. Saya lihat ustazah2 kini mmg agak 'berfesyen' @ bertabarruj. Bergaya sakan dgn warna baju yg terang dan pelbagai perhiasan lain. Ini satu kelemahan jika Ikon begini yang diambil utk mengadili prog tersebut. Saya suka jika Ustazah Dr. Fatma ElZahra diambil untuk mengadili/ memberi kursus kpd calon2 Ustzah Pilihan dan Solehah. Malah ramai lagi Ustazah2/ Pensyarah2 wanita lain yg boleh diambil untuk mengadili/ memberi kursus kpd mereka.

Para peserta juga sgt2 perlu menjaga tatasusila/benar2 berniat utk menuntut ilmu/menjaga akhlak/tidak berasa 'ujub (jika menang)/ atau seboleh2nya menjaga diri dr sifat2 mazmumah. Berpakaian yg MENEPATI syari'at/ tidak bertabarruj/ tidak berniat untuk 'glamour' dsb. Hal inilah yg menjadi satu cabaran bg para peserta yang benar2 bercita2 untuk menjadi seorang Da'ie Ilallah. Kita memerlukan seorang role model yang berani tampil dan menunjukkan contoh terbaik. Kerana jika dilihat masyarakat khususnya para wanita dan remaja2 perempuan, mereka tidak akan datang berjumpa dgn Para Pendakwah/Ahli Agama jika mempunyai sebarang masalah. Oleh itu, ini sbg satu inisiatif dengan cara kita mendekati mereka.

Saya ambil contoh muslimah ikon seperti Oki Setiana Dewi dlm Ketika Cinta Bertasbih. Boleh lihat page dia bagaimana dia tampil sbg figure aktivis dakwah yg dikira berjaya dan dikira hebat dlm ilmu agama. Kalau kita kata dia tak syar'ie dlm mempertontonkan diri di khalayak ramai...beliau telah menarik bukan ribuan malah jutaan orang semakin jatuh hati dan dekat dgn Islam. Nah....!

Saya sgt berbesar2 hati jika prog ni dpt memberikan kesan positif untuk ummah. Dan belum ada lagi Ulama2 Malaysia yang mengeluarkan fatwa tentang pengharaman program realiti ini. Kalau sudah ada fatwanya, Program ''Solehah" di TV Al Hijrah pun sudah tentu dibanteras besar2an atas hujah2 wanita tidak perlu dipertonton dsb.

Belum Lihat Belum Tahu.

Saya sangat2 berharap agar produk keluaran " Ustazah Pilihan" dan " Solehah" bak bidadari/serikandi yang menyeru kembali remaja2 diluar sana agar kembali tertarik dlm penghayatan hidup cara Islam. Dan yang paling penting ialah ia sebuah RANCANGAN UNTUK WANITA, BUKAN UNTUK LELAKI. Diharap tiada lelaki diluar sana menonton rancangan ini demi menjaga maslahah kaum wanita. Samalah juga dengan rancangan WANITA HARI INI, mahukah golongan lelaki menonton rancangan tersebut?

Akhirul kalam, ini hanya pandangan saya dan saya hanya menyokong 100% program ini diteruskan JIKA para peserta dan para hakim/pengarah program benar2 MENEPATI ''guidelines syari'at'' dan JIKA kaum Adam benar2 memberi kerjasama TIDAK MENONTON rancangan tersebut demi menjaga maslahah Kaum Hawa~

~Islam Is The Way of Life~

Wallua'lam~

1 comment:

  1. Do you really think lelaki xkan tengok program ni??
    Mimpilah lelaki xnak tengok pompuan..lagipon tv kt rumah tu xde filter nak tapis kalau lelaki tengok pon,,

    ReplyDelete