
Alhamdulillah..
Sesuailah dgn sabda Rasulullah s.a.w: jika engkau tidak malu buatlah sesuka hati kamu” (H.R Bukhari)
فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (At-Taubah:129)

Sesuailah dgn sabda Rasulullah s.a.w: jika engkau tidak malu buatlah sesuka hati kamu” (H.R Bukhari)

Aku berlutut menghadap Sang Khaliq
Mengucap setiap syukur dan terima kasih
Dalam Nafas Doa..
Bahwa Hidupku ada dalam GenggamanNya
Aku berlutut menghadap Sang Khaliq
Memberikan seluruh jiwa dalam Satu Harapan
Mengucapkan Doa dalam Satu Permintaan
Agar Aku tak pernah Jauh dari Nya
Kakiku adalah kaki-MU wahai Sang Khaliq
Tanganku adalah Tangan-MU wahai sang Pengasih
Mataku adalah Mata-MU wahai sang Penyayang
Karena Aku adalah Hembusan Nafas-MU
Aku berlutut dihadapan Sang Khaliq
Mengucap Syukur atas senyuman dan Air Mata
Menyerahkan Satu Pengharapan
Aku selalu adalah milik-NYA
Aku mengucap syukur pada Sang Khaliq
Atas setiap kegagalan dan keberhasilan
Karena hidup adalah Rancangan-NYA
Dan Yang terbaik telah menjadi Rencana-NYA
Wahai Sang Khaliq…
Aku berlutut Meminta Ampun
Aku bersujud Mengucap Syukur
Aku Berserah hanya pada Sang Khaliq...


Atom
Zarah yang paling kecil dimana ia tidak boleh dibahagikan . Walaubagaimanapun, atom didapati mempunyai zarah-zarah yang lebih kecil lagi. Kajian mengenai struktur atom dan aktivitinya telah membawa banyak manfaat kepada kesejahteraan hidup manusia menerusi penghasilan tenaga elektrik dan sebagainya. Tidak kurang pula keburukannya kepada alam sejagat akibat penghasilan tenaga nuklear. Semua benda dalam alam semesta ini termasuk tanah, api, air, dan udara terdiri daripada atom. Malah diri kita dan sekitarnya juga adalah terdiri daripada atom. Maha Suci Allah, sungguh menakjubkan yang atom-atom ini tersangat kecil, umpama perbandingannya; berjuta kali lebih kecil daripada ketebalan sehelai rambut manusia.
Gambarajah Struktur Atom
Gambarajah di atas merupakan struktur atom, sesuatu yang kita tidak nampak dengan mata kasar, akan tetapi kewujudannya adalah pasti. Bukanlah struktur atom yang hendak dibincangkan, tetapi yang dibincangkan adalah perkara yang kita tahu kewujudannya tetapi tidak nampak dengan mata kasar kecuali dengan menggunakan ilmu dan akal yang dianugerahkan oleh Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Surah Az Zumar [39] : 21
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.
Pengetahuan Manusia Terbatas
Di dalam Al-Quran telah dijelaskan akan kewujudan atom ini, seperti di dalam;
Surah Yunus [10] : 61
Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).
Allah yang Maha Mengetahui telah berfirman akan pengetahuan-Nya dalam setiap sesuatu baik di langit mahupun di bumi walaupun sebesar zarah. Manusia walau sehebat mana akalnya, seberapa banyak ijazahnya, sebanyak mana pengetahuannya, tidak mengetahui berapa helai rambutnya sendiri; apatah lagi mengetahui segalanya tentang atom yang berjuta kali lebih kecil dari sehelai rambut. Pengetahuan manusia itu terbatas. Segala sesuatu telah pun berada dalam takdir-Nya yang tercatat dalam Lauh Mahfuz. Menerusi firman Allah yang Maha Agung yang bermaksud :
Surah al-An'am [6] : 115
Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janji-Nya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari kalimah-kalimah-Nya; dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Seluruh alam semesta tertakluk di bawah ayat ini, samada perkara yang kita tidak nampak (tidak sedar), juga perkara yang kita nampak (sedar), iaitu hukum-hukum perintah dan larangan dan kesan-kesan yang muncul daripadanya.Oleh sebab pengetahuan manusia itu terbatas, maka diturunkan kepada manusia al-Quran, bagi petunjuk dan rahmat untuk kita (manusia) dalam menjalani kehidupan di dunia dan persediaan menuju kehidupan yang sebenar, iaitu di akhirat. Sekiranya Allah yang Maha Berkuasa tidak menetapkan takdir ini, maka porak-perandalah manusia tanpa arah tujuan. Alhamdulillah.
Surah al-A'raaf [7] : 52
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.
Maka apa sahaja yang telah kita lakukan, sedang lakukan dan akan lakukan, atau baru terfikir atau belum lagi terfikir mengenai sesuatu, semuanya tertakluk dalam pengetahuan dan di dalam takdir Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana walaupun perkara itu umpama sekecil zarah.
Kebaikan dan Kejahatan
Di dalam ayat ayat yang lain mengenai atom ini Allah yang Maha Agung berfirman dalam;
Surah al-Zalzalah [99] : 7-8
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
Rasulullah SAW (sallahu 'alaihi wa sallam) menamakan ayat ini sebagai al-jami'ah al- fazzah yang bermaksud rumusan serba lengkap sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang dinukil dari Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir al-Munir;
Rasulullah SAW bersabda :
.....Allah tidak menurunkan mana-mana ayat mengenainya melainkan ayat al-jami'ah al-fazzah ini (rumusan serba lengkap) (Surah al-Zalzalah [99] : 7-8).
Ayat ini (Surah al-Zalzalah [99] : 7-8) diturunkan kerana perbezaan tanggapan dua orang lelaki. Salah seorang dari mereka didatangi peminta sedekah. Peminta sedekah itu meminta sebiji tamar, secebis roti dan sebiji kacang, lalu salah seorang dari mereka mengatakan kebaikan itu sangat kecil dan ganjarannya (pahala) juga sedikit. Manakala seorang lagi memandang remeh dosa kecil dan mengatakan, dosa yang kecil tentu tidak dikenakan hukuman apa-apa. Jadi Allah yang Maha Penyayang menurunkan ayat ini agar memberi galakan pada manusia supaya jangan memandang perkara yang kita anggap dosa kecil itu sebagai mudah, dan jangan pula kita menganggap kebaikan yang kecil itu walaupun sebesar zarah (iaitu tidak terlihat kebaikannya di mata), tidak memberi ganjaran yang besar. Mungkin dengan kebaikan yang sikit dan berterusan itulah menempatkan kita di syurga, InsyaAllah.
Begitulah kita beramal dengan ayat ini, walau sekecil zarah sekalipun (tidak ternampak oleh mata kita) kebaikan yang kita lakukan pasti akan diberi ganjarannya. Walaupun kebaikan itu belum kita buat, hanya terniat di dalam hati, ganjarannya telah pun kita dapat. Seperti di dalam sebuah hadis;
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda,
"Allah 'Azza wa Jalla berfirman (kepada malaikat-Nya) : 'Apabila hamba-Ku berniat hendak melakukan kejahatan, janganlah kamu tuliskan. Apabila telah dilakukannya, tulislah baginya satu kejahatan. Apabila dia hendak berbuat kebajikan, tetapi belum dilaksanakannya, tulislah satu kebajikan. Apabila dilaksanakannya tulislah untuknya sepuluh kebajikan." [Hadis Sahih Bukhari No.102]
Berbeza dengan kejahatan, apabila kita melakukan, baru dapat satu dosa. Namun jangan sesekali kita memandang remeh pada dosa yang kecil, mungkin kerana dosa itulah kita ditempatkan di neraka. Naudzubillah.
Manusia Tidak Dianiaya
Pernahkah kita berasa teraniaya, atau berasa susah hendak melaksanakan perintah Allah yang Maha Berkuasa dan menjauhi larangan-Nya? Adakah Allah yang Maha Penyayang sengaja menghendaki itu semua dengan bertujuan menyusahkan hamba-Nya?
Surah An Nisaa' [4] : 40
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.
Apa sahaja perintah dan larangan oleh Allah yang Maha Bijaksana itu kepada kita (manusia), sebenarnya adalah perkara yang diperlukan oleh manusia. Manusia memerlukan semua perintah dan larangan itu dalam menjalani kehidupan di dunia ini supaya kehidupan menjadi lebih teratur. Kita cuma boleh nampak akan keperluannya menerusi kesan-kesan perintah dan larangan itu sahaja.
Contoh perintah: kita disuruh membayar zakat. Antara kesannya, wang zakat dapat membela nasib mereka yang tidak berkemampuan dan seterusnya menjana ekonomi negara. Lainnya, tangan pencuri hendaklah dipotong. Antara kesannya perbuatan kecurian, ragut dan sebagainya dapat dibanteras. Masalahnya kita masih belum cukup percaya bahawa Al-Quran dapat menyelesaikan segala masalah kehidupan.
Contoh larangan: diharamkan manusia meminum arak. Antara kesannya, arak boleh menghilangkan kewarasan hingga menyebabkan berlakunya kekacauan dan mengganggu ketenteraman orang ramai.
Bukankah kita yang memerlukan perintah dan larangan-Nya? Ini bermakna perintah dan larangan itu adalah suatu kurniaan rahmat kepada seluruh manusia.
Surah Ali 'Imran [3] : 190-191
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan ma'sum.
Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.
Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takabbur.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!
Yang penting itu Cantik Budi,Cantik Akhlak, Cantik Iman...
Salamullahi'alaykum...
Salamullahi'alaikum...Sering kita dengar dalam masyarakat orang mendoa'kan anak-anak yang baru lahir ... "moga-moga menjadi anak yang soleh.." Doa' sebegitu lahir kerana dalam masyarakat kita sememang percaya bahawa itulah sebaik-baik insan yang perlu diwujudkan, kerana anak yang soleh itu akan memudahkan pelbagai perkara dan memberikan kebaikkan di dunia dan akhirat.
Hadith Rasulullah SAW menjelaskan; “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariah; 2. Ilmu yang diambil manfaat dengannya; 3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan ibu bapa, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Menjaga agama ini suatu yang sukar dilaksanakan hari ini. Menjaga agama bukan sekadar menjaga solat, tetapi lebih berat dari itu. Anak yang soleh yang menjaga agamanya ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Menjaga agama meliputi memastikan seseorang itu menjaga akhlaknya, syariatnya, ibadahnya dan segala amalannya setiap saat. Menjaga akhlak di dalam berpakaian, di dalam pergaulan dan didalam tutur kata. Ada orang yang boleh menjaga solat - cukup lima waktu ... tetapi ramai remaja yang sukar menjaga syariat di dalam berpakaian. Lihatlah di sekeliling anda, ramai remaja yang sudah terikut-ikut dengan fesyen pakaian ketat dan imejnya pun macam artis dan macam selebriti yang bebas. Dan jika itu penampilannya sukarlah dikategorikan sebagai anak yang soleh.
Anak yang ingin menjadi anak soleh harus mengerti ruang lingkup Islam yang bersifat syumul (menyeluruh) yang merangkumi aspek ibadah, akhlak dan syariat. Kefahaman itu pula harus tercerna dalam kehidupannya di mana juga ia berada dan di dalam keadaan apa juga sepanjang waktu dan ketika.
Sahabat2,,semoga kita bersama2 melakukan perubahan dlm diri baik dari aspek jasmani dan khususnya rohani...Kebiasaannya jika rohani baik maka baiklah jasmani...semoga cita2 kita untuk menjadi anak yg soleh dan solehah dpt direalisasikan! inshaAllah :)
"Bangkitlah dirimu menjadi pembela agama"
Wallua'lam~